Thursday, August 19, 2010

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH

ASSALAMUALAIKUM....

SEPERTI YANG KITA TAHU DI BULAN RAMADHAN BANYAK KELEBIHANNYA. ANTARANYA SOLAT SUNAT TARAWIH YANG MANA TIDAK BOLEH DITUNAIKAN DI BULAN-BULAN YANG LAIN. TIDAK SEPERTI SOLAT SUNAT HAJAT, TAHAJUD, WITIR SERTA SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LAIN BOLEH DILAKUKAN PADA BILA-BILA MASA MENGIKUT KESESUAIANNYA.

INI MENUNJUKKAN KEPADA KITA BAHAWA BULAN RAMADHAN SUNGGUH BERBEZA SEKALI DENGAN BULAN-BULAN YANG LAINNYA KERANA DI DALAMNYA ADANYA SOLAT SUNAT TARAWIH. ANTARA KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH MENGIKUT MALAM-MALAMNYA ADALAH:

FASA 1 RAMADHAN
MALAM KE-1
Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya

MALAM KE-2
Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin

MALAM KE-3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

MALAM KE-4
Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

MALAM KE-5
Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

MALAM KE-6
Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya

MALAM KE-7
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman

MALAM KE-8
Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

MALAM KE-9
Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

MALAM KE-10
Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

FASA 2 BULAN RAMADHAN
MALAM KE-11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

MALAM KE-12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

MALAM KE-13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

MALAM KE-14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

MALAM KE-15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

MALAM KE-16
Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

MALAM KE-17
Di beri pahala seperti pahala para Nabi

MALAM KE-18
Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

MALAM KE-19
Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

MALAM KE-20
Di beri pahala para syuhada dan salihen

FASA TERAKHIR RAMADHAN
MALAM KE-21
Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

MALAM KE-22
Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

MALAM KE-23
Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

MALAM KE-24
Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

MALAM KE-25
Di hapuskan dari seksaan kubur.

MALAM KE-26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

MALAM KE-27
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

MALAM KE-28
Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

MALAM KE-29
Diberi pahala seribu haji yang mabrur

MALAM KE-30
Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Wednesday, August 18, 2010

LAGI GANJARAN D BULAN RAMADHAN

1) PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga & ditutup semua pintu neraka & diikat semua syaitan" HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM....

2) DIAMPUNI SEGALA DOSA-DOSANYA YANG LALU
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu" HADITH RIWAYAT AN-NASAI'E...

3) PAHALA BERLIPAT GANDA
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. ALLAH berfirman:'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.'" HADITH RIWAYAT MUSLIM....

4) DIJAUHI DARI API NERAKA
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)" HADITH RIWATYAT AL-BUKHARI...

5) PERISAI DARI SIKSAAN
"Puasa itu perisai yang dipergunakanseorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka" HADITH RIWAYAT IMAM AHMAD...

6) BEROLEH DUA KEGEMBIRAAN
"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM...

7) DOA SANGAT MUSTAJAB
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa seorang hamba yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI, AHMAD & TIRMIDZI...

8) MASUK DALAM SYURGA
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya.." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI..

JADI SAHABAT-SAHABIAH SEKALIAN MARI KITA BERUSAHA MENGIKHLASKAN IBADAT KITA DI BULAN YANG PENUH GANJARAN KEPADA KITA INI. MARI KITA CUBA MERUBAH DIRI KITA SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERMULA DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI.....

Tuesday, August 17, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-