Tuesday, April 26, 2011

ADAKAH DIA UNTUKKU?

JODOH PERTEMUAN SUDAH DITETAPKAN ALLAH, SALAHKAH KITA MENCARI? BAGAIMANA CIRI-CIRI YANG ANDA INGINKAN? SUDAHPUN DITERANGKAN YANG MANA MAKSUDNYA 'WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK' DAN SEBALIKNYA. DIMANAKAH TAHAP KITA UNTUK MENCARI CALON YANG TERBAIK? TEPUK DADA TANYA IMAN. MINTALAH PERTUNJUK-NYA UNTUK KITA MENCARI CALON KITA. INSYAALLAH KITA AKAN TEMUINYA DENGAN IZIN YANG MAHA PENCIPTA.

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, April 21, 2011

WAHDAH DALAM UKHWAH....

ASSALAMUALAIKUM W.R.T.
LAMA SUDAH TEMAN TIDAK BERKONGSI DALAM RUANGAN INI, JADI HARI INI TEMAN RASA MAHU BERKONGSI SEDIKIT MUNGKIN PENGALAMAN SERTA REALITI MAHUPUN PRAKTIKALNYA BEGIYU.
TEMAN PERCAYA, SAHABAT-SAHABAT SERTA ANDA SEMUA TAHU APA ITU WAHDAH. WAHDAH MERUPAKAN KESATUAN. BAGAIMANA KITA MAHU WUJUDKAN WAHDAH DALAM SESUATU KEADAAN ITU??? BAGI TEMAN, IA TERLALU TEKNIKAL UNTUK KITA BINCANGKAN. IA BUKAN MUDAH UNTUK KITA DAPATKANNYA SERTA KUASAI. AI MEMERLUKAN MASA SERTA PENGOBANAN DARI INDIVIDU ITU SENDIRI..

NAMUN APA YANG BOLEH TEMAN KONGSIKAN ADALAH, WAHDAH LAHIRNYA DARI IKATAN UKHWAH (PERHUBUNGAN) ITU SENDIRI. JIKA KITA AMBIL BERAT HAL BERKAITAN UKWAH INI, MAKA WAHDAH YANG AKAN TERBINA JUGA AKAN MENUNJUKKAN KEARAH KEBAIKAN. JIKA KITA ANGGAP SENALIKNYA, MAKA BURUKLAH HASILNYA. WAHDAH INI TIDAK AKAN BOLEH LAHIR DENGAN MUDAH ATAU BAK KATA ORANG, BUKANNYA DATANG BERGOLEK TANPA USAHA DARI INDIVIDU TERSEBUT.

TETAPI PADA HARI INI, TERLALU BANYAK YANG MAHU DIFAHAMI SEMATA-MATA, TANPA CUBA UNTUK MEMAHAMI. INI JUGA MERUPAKAN SALAH SATU MASALAH YANG BOLEH DIANGGAP BESAR DALAM MEMBENTUK WAHDAH ITU SENDIRI. JADI, OLEH SEBAB ITU JUGA, KITA PERLU DAHULU MEMAHAMI ORANG LAIN SEBELUM KITA MAHU ORANG LAIN MEMAHAMI KITA, SETERUSNYA MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN WAHDAH DALAM SESUATU SITUASI ITU, SAMA ADA DALAM SATU ORGANISASI ATAU PUN SESAMA SAHABAT SENDIRI..

PERLUKAH KITA BIARKAN SAHABAT-SAHABAT KITA SAKIT UNTUK FAHAMI KITA TANPA KITA MENCUBA MEMAHAMI MEREKA??? TEPUK DADA TANYA IMAN, TANYALAH AKAL ANDA....

SAMPAI DISINI SAHAJA CORETAN TEMAN KALI INI, AGAR KITA SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI SEMUA INI.. INGATLAH, JIKA KITA DILUAR DAN JAUH DARI KELUARGA, SAHABATLAH KELUARGA KITA UNTUK KITA HARAPKAN.. ITULAH PENTINGNYA SAHABAT KEPADA KITA PADA SAAT INI.. FAHAMILAH SAHABAT ANDA UNTUK WAHDAH.. SERTA PUPUKLAH SEMANGAT UKWAH SESAMA SAHABAT UNTUK MELAHIRKAN WAHDAH SESAMA SAHABAT MAHUPUN SESUATU ORGANISASI...
SYUKRAN JAZILAN......