TANGGAL 25hb DESEMBER MERUPAKAN HARI BAHAGIA KEPADA PENGANUT AGAMA KRISTIAN UNTUK MERAIKAN PERAYAAN KRISMAS. NAMUN BAGI TEMAN PULA, SAAT YANG BAHAGIA KERANA KAMI SEKELUARGA BERKUMPUL SEMUA UNTUK MELEPASKAN SEGALA TEKANAN SERTA PENAT MENJALANI KEHIDUPAN HARIAN DI PESTA PENANG SUNGAI NIBONG.
JARANG RASANYA UNTUK KAMI BERKUMPUL SEPERTI INI SEKELUARGA. MANA TIDAKNYA, BILA HARI-HARI BIASA, SEMUANYA SIBUK MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING. TEMAN MERUPAKAN SALAH SATU KELUARGA YANG BOLEH DIKATAKAN BESAR JUGA LA. TEMAN ADA 8 ORANG ADIK BERADIK DAN TEMAN MERUPAKAN ANAK YANG PALING AKHIR. NAMUN DALAM KEGEMBIRAAN KAMI YANG KESANA, MASIH ADA YANG TIDAK DAPAT IKUT SEKALI. DUA ORANG LAGI TIDAK DAPAT BERSAMA KAMI PADA HARI INI ATAS KEKANGAN TERTENTU. SUNGGUH SERONOK KAMI DI SANA.
TEMAN SEKELUARGA BERTOLAK DARI RUMAH SEJAK JAM 1600 LAGI. APA YANG TEMAN BENCINYA SEMASA DALAM PERJALAN SEMALAM ADALAH KESESAKAN YANG BERLAKU. KAMI MENGGUNAKAN FERI KE SEBERANG PULAU. IA LAMBAT UNTUK DI MASUKI SERTA BERPELUH JUGALAH MENUNGGU DALAM KERETA. MELALUI JALAN LAUT DENGAN FERI INI JUGA MEMBERI KENANGAN TERINDAH KEPADA ANAK-ANAK BUAH TEMAN YANG BARU PERTAMA KALI MERASAINYA. LAINLAH TEMAN INI YANG SELALU MENGGUNAKAN FERI DARI LABUAN KE KOTA KINABALU.
KECERIAN TERPANCAR JELAS DI WAJAH ANAK-ANAK BUAHKU APABILA MEREKA PERGI KE PESTA. EMPAT BUAH KERETA DIGUNAKAN UNTUK TEMAN SEKELUARGA KE PESTA TEMPOH HARI. WALAUPUN KERETA SUDAH EMPAT, NAMUN MASIH RASA MASIH SEMPIT SERTA PERLU LAGI TAMBAH LAGI RUANGNYA. HEHEHE.
INI PENGALAMAN TEMAN, TEMAN SERTA ABANG KEDUA TEMAN TERSESAT APABILA KERETA-KERETA ABANG TEMAN YANG LAIN TERLEPAS DARI PANDANGAN APABILA KELUAR DARI FERI. DENGAN KESESAKAN YANG BERLAKU LAGI MEMBUATKAN TEMAN SERTA ABANG TEMAN TIDAK DAPAT MENGENALPASTI YANG MANA SATU KONVOI KELUARGA KAMI.
DI TAPAK PESTA PULA, SEBELUM MASUK PESTA LAGI KAMI TELAH TERPERANGKAP DALAM KESESAKAN LALU LINTAS DI SANA. BAYANGKAN TEMAN SEKELUARGA TERPERANGKAP DALAM KERETA SEJAK JAM 2030 HINGGA JAM 2245. PUNYALAH RAMAI PENGUNJUNG-PENGUNJUNG PESTA SUNGAI NIBONG INI. DALAM PESTA, TEMAN SEMPATLAH UNTUK MERASAI PERMAINAN YANG TERSEDIA DI SINI, ANTARANYA X-COSTER, RUMAH HANTU, SERTA UERO WHEEL. MENCABAR JUGALAH DALAM SEMUA PERMAINAN INI. MANA TIDAKNYA TIMBULNYA PERASAAN TERKEJUT, GERUN SERTA GAYAT SEMASA DI ATAS INI. NAK TAHU???? DATANGLAH DAN RASAILAH SENDIRI. TAK NAKLAH TEMAN CERITA LEBIH-LEBIH NANTI TIADA KEJUTAN LAGI UNTUK SEMUA. DATANG JANGAN TAK DATANG TAU. BYE.. BYE.. BYE…