Tuesday, April 2, 2013


APA DAH JADI SEKARANG???
ASSALAMUALAIKUM….
TEMAN MULAKAN DENGAN PERSOALAN MENGAPA SEKARANG ORANG SANGGUP MELAKUKAN APA JUA UNTUK KESENANGAN DI DUNIA SEMATA-MATA? PADA TEMAN, KITA ADA JAWAPANNYA TERSENDIRI. BAK KATA PUJANGGA TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA MASING-MASING. DAN SIAPA YANG PATUT DISALAHKAN DALAM HAL INI? INDIVIDU, IBUBAPA, GURU-GURU, INSTITUSI PEMBELAJARAN, MASYARAKAT, PEMERINTAH ATAUPUN NEGARA ITU SENDIRI?

DARI PENDAPAT TEMAN PULA, SEMUA INI BERLAKU AKIBATNYA PADA MASA SEKARANG MATA  MANUSIA ITU TELAH DI KABURI DENGAN WANG. PADA MASA YANG SAMA JUGA TIDAK HAIRAN LAGI KALAU SESEORANG ITU SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK KESEDARAN HIDUP. APAKAH MEREKA LUPA AKAN AKIBAT MELAKUKAN SESUATU ITU?

SIAPA YANG HARUS DISALAHKAN DALAM SEMUA HAL INI? INILAH YANG SEBENARNYA INGIN TEMAN KONGSIKAN DAN MAHU SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN. SEMUA PIHAK PERLU DISALAHKAN PADA TEMAN DALAM HAL INI. BAIK DARI SEGI PEMERINTAHAN NEGARA MAHUPUN PEMERINTAHAN KEKELUARGAAN. BAGI TEMAN IANYA PERLU DIMULAI DENGAN INDIVIDU ITU SENDIRI. JIKA INDIVIDU ITU MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG AGAMA, MEREKA AKAN MENGAWAL SEGALA TINGKAH LAKUNYA.

SETIAP INDIVIDU ITU PASTI AKAN MENJADI PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA. INI KERANA SEMUA ORANG AKAN BERKAHWIN PADA SUATU KETIKA NANTI. OLEH YANG DEMIKIAN, MEREKA AKAN MENJADI PERDANA MENTERI DI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN BAGI LELAKI DAN TIMBALANNYA ADALAH KAUM WANITA. OLEH SEBAB ITU, PERLUNYA INDIVIDU YANG BERPENDIDIKAN AGAMA DAN FAHAM SERBA SEDIKIT HUKUM HAKAM AGAMA, KERANA INI AKAN DIWARISI KEPADA ANAK-ANAK MEREKA.

IBUBAPA PADA HARI INI TIDAKLAH BOLEH MENYANDARKAN TANGGUNGJAWAB MEDIDIK KEPADA GURU-GURU DI SEKOLAH SEMATA-MATA. IBUBAPA JUGA PERLU MENJADI IDOLA ATAU IKUTAN YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAK MEREKA SAMA ADA DARI SEGI PEKERJAAN MAHUPUN TADBIR URUS RUMAH TANGGANYA. JIKA KETUA ATAU PERDANA MENTERI DALAM SESEBUAH NEGARA BERGELAR KELUARGA INI DAPAT MENJELANKAN TUGASNYA DENGAN BAIK, INSHAALLAH PRODUK YANG DIHASILKAN JUGA TERBAIK DARI LADANG.