Thursday, August 11, 2011

11 RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM....

SUDAH LAMA TEMAN TIDAK EDIT BLOG NIE.. SEKARANG BARU NAK BERJINAK KEMBALI DENGAN BLOG.. BANYAK SUDAH YANG TERLUPA NIE.. MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK TEMAN MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H. KESIBUKKAN DUNIA MEMBUATKAN TEMAN TIADA MASA UNTUK MENGEDITNYA.

SEDAR TAK SEDAR, FASA PERTAMA RAMADHAN SUDAH MENINGGALKAN KITA, YOP, YONG... KINI SUDAH TIBA FASA YANG KEDUA BULAN RAMADHAN. DIMANA DALAM FASA INI BANYAK LAGI KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN UNTUK KITA DARI PENCIPTA KITA, ALLAH YANG MAHA ESA. SEPERTI YANG KITA TAHU, FASA KEDUA MERUPAKAN FASA MA'FIRAHNYA UNTUK UMAT-UMATNYA YANG BERSYUKUR LAGI BERTAQWA..

GANJARAN DI BULAN RAMADHAN

1) PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga & ditutup semua pintu neraka & diikat semua syaitan" HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM....

2) DIAMPUNI SEGALA DOSA-DOSANYA YANG LALU
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu" HADITH RIWAYAT AN-NASAI'E...

3) PAHALA BERLIPAT GANDA
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. ALLAH berfirman:'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.'" HADITH RIWAYAT MUSLIM....

4) DIJAUHI DARI API NERAKA
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)" HADITH RIWATYAT AL-BUKHARI...

5) PERISAI DARI SIKSAAN
"Puasa itu perisai yang dipergunakanseorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka" HADITH RIWAYAT IMAM AHMAD...

6) BEROLEH DUA KEGEMBIRAAN
"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM...

7) DOA SANGAT MUSTAJAB
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa seorang hamba yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI, AHMAD & TIRMIDZI...

8) MASUK DALAM SYURGA
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya.." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI..

INI MERUPAKAN ANTARA KELEBIHANNYA MENUNAIKAN TARAWIH BAGI FASA 2 DAN FASA KE-3.. SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN KELEBIHAN YANG MASIH ADA DALAM BULAN RAMADHAN KALI INI.. MARILAH KITA BERIBADAH SEPERTI INI MERUPAKAN RAMADHAN TERAKHIR BAGI KITA. KITA BELUM TAHU SAMADA KITA DAPAT BERTEMU RAMADHAN YANG AKAN DATANG ATAU TIDAK.. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU....

FASA 2 BULAN RAMADHAN
MALAM KE-11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

MALAM KE-12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

MALAM KE-13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

MALAM KE-14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

MALAM KE-15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

MALAM KE-16
Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

MALAM KE-17
Di beri pahala seperti pahala para Nabi

MALAM KE-18
Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

MALAM KE-19
Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

MALAM KE-20
Di beri pahala para syuhada dan salihen

FASA TERAKHIR RAMADHAN
MALAM KE-21
Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

MALAM KE-22
Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

MALAM KE-23
Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

MALAM KE-24
Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

MALAM KE-25
Di hapuskan dari seksaan kubur.

MALAM KE-26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

MALAM KE-27
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

MALAM KE-28
Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

MALAM KE-29
Diberi pahala seribu haji yang mabrur

MALAM KE-30
Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

SETAKAT INI SAHAJA UNTUK KALI INI DARI TEMAN.. SAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL PELUANG YANG MELIMPAH RUAH INI UNTUK KITA MENEMPAH SYURGA ALLAH.. DAN MARI KITA MUHASABAH JUGA APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK KITA MENGHARAP SYURGANYA...

...ASSALAMUALAIKUM.......