Monday, November 9, 2009

ASSALAMUALAIKUM......

SEDAR TAK SEDAR LAGI SEMINGGU SAHAJA LAGI TEMAN NAK PULANG KE DESA TERCINTA....

EXAM PUN TINGGAL TIGA SUBJEK SAJA LAGI. HARAP SEM INI LEBIH BAIK DARI SEM-SEM SEBELUM INI. APA PUN KITA KENA INGAT KITA MEMIKUL AMANAT BESAR KEDUA IBUBAPA KITA SERTA KELUARGA TERCINTA. APA YABG BOLEH DIUCAPKAN KERINDUAN MENGGAMIT HATI UNTUK PULANG BERSAMA KELUARGA. APAKAAH KITA AKAN DAPAT BERSAMA-SAMA KELUARGA LAGI? HANYA DIALAH YANG TAHU. PERASAAN SEDIH AKAN MENGIRINGI APABILA PULANG KE KAMPUNG TERCINTA KERANA TERASA TAK MEMIKUL AMANAT YANG DIBERIKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

TAPI APA PUN KITA BERSERAH SAJALAH KEPADA PENCINTA YANG MAHA ESA LAGI MENGETAHUI APA JUA KEADAAN UMATNYA YANG SERBA KEKURANGAN INI. SELAGI ADA KESEMPATAN, JANGAN KITA LEPASKANNYA, SELAGI ADA KEPERCAYAAN, JANGAN KITA HILANGKAN. APA PUN SEBARANG TINDAKAN YANG INGIN KITA LAKUKAN BERFIKIRLAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN. JANGAN DENGAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT TANPA BERFIKIR TERSEBUT MENGECEWAKAN SEMUA PIHAK. KITA HANYA MERANCANG BELUM TENTU AKAN MENJADI KENYATAAN. HANYALAH PERANCANGAN ALLAH S.W.T YANG BENAR-BENAR AKAN BERLAKU. KITA HANYA MANUSIA YANG HINA DI SISINYA.

CUBALAH KITA BERUSAHA MENJADI ORANG YANG BERIMAN KEPADANYA. SERTA DALAM SEGALA TINDAKAN KITA, KITA DAHULUKAN DENGAN MENYEBUT NAMANYA. MUDAH-MUDAHAN DENGAN INI SEGALA TINDAKAN KITA MENDAPAT RAHMAT SERTA KEBERKATANNYA. SEMOGA DIBERI JALAN SERTA PERTUNJUK KEPADA KITA DIKALA KITA KESEMPITAN. TETAPI JANGAN DIKALA SUSAH BARU KITA INGATKAN DIA DAN BILA SENANG KITA LUPAKAN DIA. CUBALAH JADI UMAT YANG SENTIASA MENGINGATI-NYA DALAM KEADAAN SUSAH SERTA SENANG. JIKA KITA SUSAH HATI DENGAN APA JUA KEADAAN SEKALI PUN, TEMPAT YANG TERBAIK UNTUK KITA LUAHKAN HANYALAH KEPADA-NYA. BUKAN RAKAN-RAKAN, MAHUPUN SESIAPA SAJA. BOLEH JADI MEREKA TIDAK FAHAM KEADAAN KITA BAGAIMANA. HANYA DIA MAHA MENGETAHUI SEGALANYA DI LANGIT SERTA DI BUMI.

JADILAH SEORANG MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA SEMUA ORANG DISEKELILING KITA. TETAPI JANGAN KITA PAKSA DIRI KITA UNTUK MELAKUKAN YANG TERLEBIH BAIK TANPA MELIHAT KEMAMPUAN KITA SENDIRI. KERANA INI AKAN MENYESATKAN LAGI DIRI KITA KEARAH YANG KURANG TEPAT. SERTA BUATLAH SESUATU KEPUTUSAN ITU DENGAN MENGAMBIL MASA YANG LEBIH, JANGAN TERBURU-BURU DALAM MENGELUARKAN SESUATU KEPUTUSAN ITU. POHONLAH PERTUNJUK DARINYA UNTUK KITA BUAT KEPUTISAN YANG TERBAIK UNTUK KITA SERTA TERBAIK UNTUK SEMUA. KITA HANYA MANUSIA BIASA TIDAK MAMPU UNTUK PUASKAN HATI SEMUA PIHAK DALAM SATU MASA YANG SINGKAT MAHUPUN DALAM MASA YANG TERLALU PANJANG SEKALIPUN. HANYA DENGAN KEREDHAAN-NYA SAJALAH SEGALA USAHA SERTA TINDAKAN KITA AKAN DILIHAT. REDHALAH DENGAN KETENTUAN-NYA.

JANGAN LUPA BERDOA MINTA PERTUNJUK SERTA POHON RAHMAT DAN REDHANYA SELALU. JANGAN MUDAH PUTUS ASA DALAM BERDOA. MUNGKIN DOA ITU TAK DITUNAIKAN SEKARANG, MANA TAHU ESOK LUSA, BULAN DEPAN, TAHUN DEPAN KITA DAPAT APA YANG KITA POHON MENGIKUT KEADAANNYA. BEBANYAKLAH KITA MEMBACA AL-QURAN. BAGI TEMAN TERSELIT KETENANGAN SELEPAS MEMBACA KALAM ALLAH ITU. JIKA HATI KITA HANCUR, FIKIRAN BERCELARU BUKALAH KITAB INI. INSYAALLAH DENGAN IZIN-NYA BOLEH KURANGKANNYA. TAPI JANGAN MASA SUSAH SAJA KITA BUKA, SELALULAH KITA MEMBACANYA......

SEKIAN... JUMPA LAGI DI LAIN WAKTU DALAM HASIL NUKILAN TMAN SENDIR....



No comments:

Post a Comment