Monday, October 25, 2010

SALAM KELUHAN

JIKA KITA LIHAT PADA HARI INI, RAMAI YANG BERBICARA TENTANG ISLAM ITU SENDIRI. TEMAN RASA KECEWA YANG TERAMAT SANGAT KERANA SAAT AGAMA TERCINTA TEMAN DI CACI, DIBURUK-BURUKKAN TRMAN HANYA BERDIAM DIRI SERTA TIDAK TAHU APA YANG HARUS DILAKUKAN. HANYA DI DALAM HATI INI PERASAAN MARAH, GERAM SERTA MELUAT MEMBUAK-BUAK. APAKAN DAYA TEMAN HANYA INSAN KERDIL YANG TIDAK TAHU APA SEPATUTNYA TEMAN LAKUKAN.

SEBAGAI PENYELESAIAN DARI TEMAN SENDIRI, KITA PERLU KUAT DALAM SEGENAP SEGI. TIDAK KIRALAH DARI SEGI FIZAKAL, MENTAL, ROH MAHUPUN PEMIKIRAN. KITA PERLU TAHU DALAM APA JUA ASPEK PENGETAHUAN, BUKAN SAHAJA TENTANG KEAGAMAAN SEMATA-MATA, ASPEK KEDUNIAAN SERTA PEMIKIRAN JUGA PERLU DITINGKATKAN DARI MASA KE SEMASA. BAK FIRMAN ALLAHYANG MAKSUDNYA "ALLAH TIDAK AKAN UBAH SESUATU KAUM ITU MELAINKAN SESUATU KAUM ITU SENDIRI YANG BERUSAHA MENGUBAHNYA". DALAM KONTEKS YANG LEBIH KECIL KITA DAPAT APLIKASIKAN SEBAGAI KITALAH YANG PERLU MENGUBAH DIRI KITA SENDIRI. ORANG LAIN TIDAK AKAN DAPAT MENGUBAH KITA MELAINKAN TUNJUK AJAR SERTA NASIHAT MEREKA SEMATA-MATA.

JIKA KITA IKUT PERKEMBANGAN SEMASA SEKARANG PELBAGAI SPEKULASI YANG MENYATAKAN UMAT ISLAM INI PENGGANAS. JIKA KITA TENGOK DI PALESTINE SENDIRI, SIAPA PENGGANAS SEBENARNYA. KALAU TIDAK SILAP TEMAN, DALAM MINGGU LEPAS TEMAN TERBACA BERITA HARIAN DALAM SEGMEN DUNIA MENYATAKAN PENGECARA ATAU HOST SESUATU RANCANGAN DI USA MENGELUARKAN STATEMENT BAHAWA UMAT ISLAM ADALAH PENGGANAS. TEMAN PADA MASA BARU SAHAJA MELIHAT TAJUK, API KEMARAHAN SUDAH TIMBUL DARI HATI TEMAN. KITA TIDAK MENGENCAM MEREKA, TETAPI MENGAPA MEREKA SELALU MENGENCAM UMAT ISLAM? APAPUN TEPUK DADA TANYA IMAN KITA MASING-MASING.

KESIMPULANNYA DI SINI TEMAN MAHU DENGAN TEGASNYA MENYERU AGAR KITA UMAT ISLAM DI DUNIA INI BERSIAP SEDIA DARI SEGENAP ASPEK YANG MERANGKUMI, KETENTERAAN, PEMIKIRAN, ROHANI JASMANI SERTA ASPEK YANG TERPENTING ASPEK KEAGAMAAN. MARILAH WAHAI SAHABAT-SAHABAT TEMAN KITA MULAKAN ANJAKKAN PARADIGMA DALAM HIDUP KITA UNTUK MENJADI UMAT ISLAM YANG CEMERLAG, GEMILANG TERBILANG DI SELURUH DUNIA. BIAR MATA DUNIA TERBELIAK MALIHAT KEBANGKITAN ISLAM... INSYAALLAH.. ALLAHUALAM.....

No comments:

Post a Comment