Thursday, August 11, 2011

11 RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM....

SUDAH LAMA TEMAN TIDAK EDIT BLOG NIE.. SEKARANG BARU NAK BERJINAK KEMBALI DENGAN BLOG.. BANYAK SUDAH YANG TERLUPA NIE.. MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK TEMAN MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H. KESIBUKKAN DUNIA MEMBUATKAN TEMAN TIADA MASA UNTUK MENGEDITNYA.

SEDAR TAK SEDAR, FASA PERTAMA RAMADHAN SUDAH MENINGGALKAN KITA, YOP, YONG... KINI SUDAH TIBA FASA YANG KEDUA BULAN RAMADHAN. DIMANA DALAM FASA INI BANYAK LAGI KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN UNTUK KITA DARI PENCIPTA KITA, ALLAH YANG MAHA ESA. SEPERTI YANG KITA TAHU, FASA KEDUA MERUPAKAN FASA MA'FIRAHNYA UNTUK UMAT-UMATNYA YANG BERSYUKUR LAGI BERTAQWA..

GANJARAN DI BULAN RAMADHAN

1) PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga & ditutup semua pintu neraka & diikat semua syaitan" HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM....

2) DIAMPUNI SEGALA DOSA-DOSANYA YANG LALU
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu" HADITH RIWAYAT AN-NASAI'E...

3) PAHALA BERLIPAT GANDA
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. ALLAH berfirman:'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.'" HADITH RIWAYAT MUSLIM....

4) DIJAUHI DARI API NERAKA
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)" HADITH RIWATYAT AL-BUKHARI...

5) PERISAI DARI SIKSAAN
"Puasa itu perisai yang dipergunakanseorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka" HADITH RIWAYAT IMAM AHMAD...

6) BEROLEH DUA KEGEMBIRAAN
"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM...

7) DOA SANGAT MUSTAJAB
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa seorang hamba yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI, AHMAD & TIRMIDZI...

8) MASUK DALAM SYURGA
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya.." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI..

INI MERUPAKAN ANTARA KELEBIHANNYA MENUNAIKAN TARAWIH BAGI FASA 2 DAN FASA KE-3.. SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN KELEBIHAN YANG MASIH ADA DALAM BULAN RAMADHAN KALI INI.. MARILAH KITA BERIBADAH SEPERTI INI MERUPAKAN RAMADHAN TERAKHIR BAGI KITA. KITA BELUM TAHU SAMADA KITA DAPAT BERTEMU RAMADHAN YANG AKAN DATANG ATAU TIDAK.. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU....

FASA 2 BULAN RAMADHAN
MALAM KE-11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

MALAM KE-12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

MALAM KE-13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

MALAM KE-14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

MALAM KE-15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

MALAM KE-16
Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

MALAM KE-17
Di beri pahala seperti pahala para Nabi

MALAM KE-18
Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

MALAM KE-19
Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

MALAM KE-20
Di beri pahala para syuhada dan salihen

FASA TERAKHIR RAMADHAN
MALAM KE-21
Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

MALAM KE-22
Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

MALAM KE-23
Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

MALAM KE-24
Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

MALAM KE-25
Di hapuskan dari seksaan kubur.

MALAM KE-26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

MALAM KE-27
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

MALAM KE-28
Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

MALAM KE-29
Diberi pahala seribu haji yang mabrur

MALAM KE-30
Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

SETAKAT INI SAHAJA UNTUK KALI INI DARI TEMAN.. SAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL PELUANG YANG MELIMPAH RUAH INI UNTUK KITA MENEMPAH SYURGA ALLAH.. DAN MARI KITA MUHASABAH JUGA APA YANG TELAH KITA LAKUKAN UNTUK KITA MENGHARAP SYURGANYA...

...ASSALAMUALAIKUM.......



Wednesday, June 8, 2011

MUSUH UTAMA UMAT MANUSIA DI MUKA BUMI INI...

Musuh manusia terbesar semenjak Nabi Adam a.s. adalah syaitan. Syaitan bersumpah kepada dirinya sendiri untuk menyesatkan manusia pada saat Nabi Adam diciptakan, dan syaitan melaksanakan sumpahnya itu dengan menyusun tipu daya agar dunia ini tampak memikat dan mempesona di mata manusia. Al-Qur'an juga memberi tahu kita bahawa tipu daya syaitan itu lemah dan tidak memiliki kekuasaan atas manusia:

“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.” (Q.s. an-Nisa': 76).

“Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebagian orang-orang yang beriman. Dan tidak ada kekuasaan iblis atas mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.” (Q.s. Saba': 20-1).

Sesungguhnya, bahawa tipu daya syaitan itu lemah dan bahawa ia tidak memiliki kekuasaan atas manusia, adalah agar Allah menjadikan segala sesuatu itu mudah bagi manusia. Syaitan hanyalah kekuatan negatif bagi agama, dan kelemahan syaitan ini bermakna, bahawa orang-orang yang beriman tidak akan mengalami kesulitan apa pun dalam hidupnya jika mereka mengamalkan agama. Tetapi, hal ini akan terjadi jika memiliki iman yang ikhlas. Dalam al-Qur'an, Allah memberi tahu kita bahawa orang-orang yang memiliki iman yang ikhlas tidak akan terpengaruh oleh tipu daya syaitan:

“Ia (syaitan) berkata, 'Ya Tuhanku, Kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan hal-hal di muka bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka'.” (Q.s. al-Hijr: 39-40).

Dalam ayat lainnya, Allah telah mengungkapkan bahawa syaitan tidak memiliki kekuasaan atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan:

“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.” (Q.s. an-Nahl: 99-100).


Rahasia Bagaimana Menjauhi Angan-angan Kosong dan Bisikan Syaitan

Meskipun syaitan itu tidak memiliki kekuasaan atas orang-orang yang beriman, kadangkadang ia berusaha menggoda mereka dengan bisikan-bisikan, Kerana kesalahan yang telah mereka lakukan.

Rahasia penting lainnya yang diungkapkan Allah dalam al-Qur'an adalah bagaimana menyelamatkan diri dari bisikan syaitan. Ini merupakan masalah penting bagi orang-orang beriman yang takut kepada Allah dan menginginkan surga, Kerana bisikan syaitan itu menyesatkan dan memalingkan manusia dari jalan Allah, dan menjadikan manusia sibuk dengan perbuatan sia-sia dan remeh. Syaitan berusaha untuk menanamkan perasaan sedih dan takut kepada manusia, menyemaikan benih-benih pertentangan di antara mereka, menyebabkan mereka merasa ragu-ragu terhadap Allah, al-Qur'an, dan agama. Syaitan memenuhi hati manusia dengan angan-angan kosong. Sebagian dari ayat-ayat yang menjelaskan tentang bisikan syaitan kepada manusia adalah sebagai berikut:

“Dan saya benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan anganangan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga binatang ternak, lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan saya suruh mereka, lalu mereka benar-benar mengubah ciptaan Allah. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.” (Q.s. an-Nisa': 119-20).

“Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.” (Q.s. an-Nas: 5).

Apa saja yang dibisikkan syaitan kepada manusia, ia tidak dapat memalingkan manusia dari bimbingan Allah sepanjang mereka mengikuti jalan yang telah Allah tunjukkan. Allah memperingatkan orang-orang beriman agar waspada terhadap bisikan syaitan:

“Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Q.s. al-A'raf: 200-01).

Tuesday, April 26, 2011

ADAKAH DIA UNTUKKU?

JODOH PERTEMUAN SUDAH DITETAPKAN ALLAH, SALAHKAH KITA MENCARI? BAGAIMANA CIRI-CIRI YANG ANDA INGINKAN? SUDAHPUN DITERANGKAN YANG MANA MAKSUDNYA 'WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK' DAN SEBALIKNYA. DIMANAKAH TAHAP KITA UNTUK MENCARI CALON YANG TERBAIK? TEPUK DADA TANYA IMAN. MINTALAH PERTUNJUK-NYA UNTUK KITA MENCARI CALON KITA. INSYAALLAH KITA AKAN TEMUINYA DENGAN IZIN YANG MAHA PENCIPTA.

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, April 21, 2011

WAHDAH DALAM UKHWAH....

ASSALAMUALAIKUM W.R.T.
LAMA SUDAH TEMAN TIDAK BERKONGSI DALAM RUANGAN INI, JADI HARI INI TEMAN RASA MAHU BERKONGSI SEDIKIT MUNGKIN PENGALAMAN SERTA REALITI MAHUPUN PRAKTIKALNYA BEGIYU.
TEMAN PERCAYA, SAHABAT-SAHABAT SERTA ANDA SEMUA TAHU APA ITU WAHDAH. WAHDAH MERUPAKAN KESATUAN. BAGAIMANA KITA MAHU WUJUDKAN WAHDAH DALAM SESUATU KEADAAN ITU??? BAGI TEMAN, IA TERLALU TEKNIKAL UNTUK KITA BINCANGKAN. IA BUKAN MUDAH UNTUK KITA DAPATKANNYA SERTA KUASAI. AI MEMERLUKAN MASA SERTA PENGOBANAN DARI INDIVIDU ITU SENDIRI..

NAMUN APA YANG BOLEH TEMAN KONGSIKAN ADALAH, WAHDAH LAHIRNYA DARI IKATAN UKHWAH (PERHUBUNGAN) ITU SENDIRI. JIKA KITA AMBIL BERAT HAL BERKAITAN UKWAH INI, MAKA WAHDAH YANG AKAN TERBINA JUGA AKAN MENUNJUKKAN KEARAH KEBAIKAN. JIKA KITA ANGGAP SENALIKNYA, MAKA BURUKLAH HASILNYA. WAHDAH INI TIDAK AKAN BOLEH LAHIR DENGAN MUDAH ATAU BAK KATA ORANG, BUKANNYA DATANG BERGOLEK TANPA USAHA DARI INDIVIDU TERSEBUT.

TETAPI PADA HARI INI, TERLALU BANYAK YANG MAHU DIFAHAMI SEMATA-MATA, TANPA CUBA UNTUK MEMAHAMI. INI JUGA MERUPAKAN SALAH SATU MASALAH YANG BOLEH DIANGGAP BESAR DALAM MEMBENTUK WAHDAH ITU SENDIRI. JADI, OLEH SEBAB ITU JUGA, KITA PERLU DAHULU MEMAHAMI ORANG LAIN SEBELUM KITA MAHU ORANG LAIN MEMAHAMI KITA, SETERUSNYA MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN WAHDAH DALAM SESUATU SITUASI ITU, SAMA ADA DALAM SATU ORGANISASI ATAU PUN SESAMA SAHABAT SENDIRI..

PERLUKAH KITA BIARKAN SAHABAT-SAHABAT KITA SAKIT UNTUK FAHAMI KITA TANPA KITA MENCUBA MEMAHAMI MEREKA??? TEPUK DADA TANYA IMAN, TANYALAH AKAL ANDA....

SAMPAI DISINI SAHAJA CORETAN TEMAN KALI INI, AGAR KITA SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI SEMUA INI.. INGATLAH, JIKA KITA DILUAR DAN JAUH DARI KELUARGA, SAHABATLAH KELUARGA KITA UNTUK KITA HARAPKAN.. ITULAH PENTINGNYA SAHABAT KEPADA KITA PADA SAAT INI.. FAHAMILAH SAHABAT ANDA UNTUK WAHDAH.. SERTA PUPUKLAH SEMANGAT UKWAH SESAMA SAHABAT UNTUK MELAHIRKAN WAHDAH SESAMA SAHABAT MAHUPUN SESUATU ORGANISASI...
SYUKRAN JAZILAN......

Monday, January 17, 2011

PESTA SUNGAI NIBONG..

TANGGAL 25hb DESEMBER MERUPAKAN HARI BAHAGIA KEPADA PENGANUT AGAMA KRISTIAN UNTUK MERAIKAN PERAYAAN KRISMAS. NAMUN BAGI TEMAN PULA, SAAT YANG BAHAGIA KERANA KAMI SEKELUARGA BERKUMPUL SEMUA UNTUK MELEPASKAN SEGALA TEKANAN SERTA PENAT MENJALANI KEHIDUPAN HARIAN DI PESTA PENANG SUNGAI NIBONG.

JARANG RASANYA UNTUK KAMI BERKUMPUL SEPERTI INI SEKELUARGA. MANA TIDAKNYA, BILA HARI-HARI BIASA, SEMUANYA SIBUK MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING. TEMAN MERUPAKAN SALAH SATU KELUARGA YANG BOLEH DIKATAKAN BESAR JUGA LA. TEMAN ADA 8 ORANG ADIK BERADIK DAN TEMAN MERUPAKAN ANAK YANG PALING AKHIR. NAMUN DALAM KEGEMBIRAAN KAMI YANG KESANA, MASIH ADA YANG TIDAK DAPAT IKUT SEKALI. DUA ORANG LAGI TIDAK DAPAT BERSAMA KAMI PADA HARI INI ATAS KEKANGAN TERTENTU. SUNGGUH SERONOK KAMI DI SANA.

TEMAN SEKELUARGA BERTOLAK DARI RUMAH SEJAK JAM 1600 LAGI. APA YANG TEMAN BENCINYA SEMASA DALAM PERJALAN SEMALAM ADALAH KESESAKAN YANG BERLAKU. KAMI MENGGUNAKAN FERI KE SEBERANG PULAU. IA LAMBAT UNTUK DI MASUKI SERTA BERPELUH JUGALAH MENUNGGU DALAM KERETA. MELALUI JALAN LAUT DENGAN FERI INI JUGA MEMBERI KENANGAN TERINDAH KEPADA ANAK-ANAK BUAH TEMAN YANG BARU PERTAMA KALI MERASAINYA. LAINLAH TEMAN INI YANG SELALU MENGGUNAKAN FERI DARI LABUAN KE KOTA KINABALU.

KECERIAN TERPANCAR JELAS DI WAJAH ANAK-ANAK BUAHKU APABILA MEREKA PERGI KE PESTA. EMPAT BUAH KERETA DIGUNAKAN UNTUK TEMAN SEKELUARGA KE PESTA TEMPOH HARI. WALAUPUN KERETA SUDAH EMPAT, NAMUN MASIH RASA MASIH SEMPIT SERTA PERLU LAGI TAMBAH LAGI RUANGNYA. HEHEHE.

INI PENGALAMAN TEMAN, TEMAN SERTA ABANG KEDUA TEMAN TERSESAT APABILA KERETA-KERETA ABANG TEMAN YANG LAIN TERLEPAS DARI PANDANGAN APABILA KELUAR DARI FERI. DENGAN KESESAKAN YANG BERLAKU LAGI MEMBUATKAN TEMAN SERTA ABANG TEMAN TIDAK DAPAT MENGENALPASTI YANG MANA SATU KONVOI KELUARGA KAMI.

DI TAPAK PESTA PULA, SEBELUM MASUK PESTA LAGI KAMI TELAH TERPERANGKAP DALAM KESESAKAN LALU LINTAS DI SANA. BAYANGKAN TEMAN SEKELUARGA TERPERANGKAP DALAM KERETA SEJAK JAM 2030 HINGGA JAM 2245. PUNYALAH RAMAI PENGUNJUNG-PENGUNJUNG PESTA SUNGAI NIBONG INI. DALAM PESTA, TEMAN SEMPATLAH UNTUK MERASAI PERMAINAN YANG TERSEDIA DI SINI, ANTARANYA X-COSTER, RUMAH HANTU, SERTA UERO WHEEL. MENCABAR JUGALAH DALAM SEMUA PERMAINAN INI. MANA TIDAKNYA TIMBULNYA PERASAAN TERKEJUT, GERUN SERTA GAYAT SEMASA DI ATAS INI. NAK TAHU???? DATANGLAH DAN RASAILAH SENDIRI. TAK NAKLAH TEMAN CERITA LEBIH-LEBIH NANTI TIADA KEJUTAN LAGI UNTUK SEMUA. DATANG JANGAN TAK DATANG TAU. BYE.. BYE.. BYE…

MASA CUTI JUGA..

TANGGAL 16hb DISEMBER 2010 MEMBUATKAN TEMAN TERSENTAK DENGAN SATU BERITA PEMBUANGAN BAYI DI KAWASAN LONGGOKAN SAMPAH DI KAMPUNG SEBERANG, JIRAN KAMPUNG TEMAN DI MUKIM BATU KURAU INI.

BILA KAJI SEJARAH DARI DAHULU LAGI, SUSAH JIKA KITA MAHU DENGAR KES BUANG BAYI DI KAWASAN KAMPUNG SEPERTI INI. GEJALA YANG BERLAKU DI KAWASAN BANDAR SUDAHPUN MELULAR KE KAWASAN KAMPUNG KINI. DIMANA ANGGAPAN YANG PERNAH DILAUNGKAN BAHAWA KAWASAN LUAR BANDAR ATAU KAMPUNG KURANGNYA KES-KES YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN??? TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA MASING-MASING..

TIMBUL PERASAAN BENCI SERTA MENYAMPAH KEPADA ORANG YANG MELAKUKAN PERKARA INI. KALAU TIDAK MAHUKAN BAYI ITU, BAGILAH KEPADA YANG MAHU. TIDAKPUN BAGI DENGAN TEMAN NIE. KASIHAN TEMAN DENGAN BAYI INI YANG MENJADI MANGSA ATAS KEKEJAMAN IBUBAPA MEREKA YANG HANYA MEMIKIRKAN SERONOK UNTUK 10-15 MINIT TANPA MEMIKIRKAN DOA YANG AKAN DI TANGGUNG SELEPAS ITU. SUDAHLAH DOSA MAKSIAT LAGI, TAMBAH PULA DENGAN DOSA BUANG BAYI YANG TIDAK TAHU APA-APA ITU. KASIHAN BAYI ITU, DIAPUN MAHU LIHAT DUNIA INI TETAPI SANGGUP IBUNYA YANG TELAH MENGANDUNGKAN DIA ITU BUANG DITEMPAT BUANG SAMPAH BILA DIA LAHIR. TANGGAPAN ORANG TIDAK LAIN TIDAK BUKAN BAHAWA KALAU TIDAK KERANA ANAK ITU LUAR NIKAH, PASTI KEJADIAN TIDAK BERLAKU.

MENGAPA MEREKA SANGGUP UNTUK MELAKUKANNYA??? ALLAH JAUHKANLAH TEMAN DARI PERBUATAN KEJI SEPERTI INI YA ALLAH. PELIHARAKANLAH SETIAP GERAK GERI TEMAN SERTA KELUARGA TEMAN DARI PERKARA KEJI INI YA ALLAH.

KEPADA PASANGAN YANG SEDANG BERCINTA BAGAI BELANGKAS DI LUAR SANA, FIKIRKANLAH SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM SEBELUM NIKAH TAU. FIKIR DAHULU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU PERKARA TERSEBUT. JANGAN KITA KORBANKAN NYAWA BAYI SEPERTI INI SEDANGKAN KITA YANG MENYEBABKAN IA WUJUD. DIA TIDAK TAHU MENAHU APA-APA, APATAH LAGI DALAM KEADAAN MAKANPUN PERLU DISUAP SEPERTI INI.

KEPADA PASANGAN YANG BERCINTA, PERKAHWINAN ITU SUCI SERTA DITUNTUT AGAMA AGAR DAPAT KITA HINDARI PERKARA-PERKARA MAKSIAT. TETAPI SEDARILAH WAHAI SAHABAT, PERKAHWINAN ITU SANGAT BERAT. BAK KATA DATO’ SM SALIM DALAM LIRIK LAGUNYA, DULU LAIN SEKARANG LAIN, DULU SENDIRI SEKARANG BERDUA BAGI YANG BERKAHWIN. BILA SUDAH BERDUA, INSYAALAH DENGAN IZIN-NYA AKAN DATANG PENYERI HIDUP RUMAH TANGGA (ANAK). BILA SUDAH BERDUA BANYAK PERLU DI PASTI UNTUK MEMASTIKAN ORANG YANG KITA TANGGUNG ITU SELAMAT SERTA CUKUP DARI SEGALA SEGI. JADI BAGI PASANGAN KEKASIH MASA KINI FIKIR SEDALAM-DALAMNYA SEBELUM MENAMATKAN ZAMAN BUJANG MEREKA ITU. SUPAYA TIDAK BERLAKUNYA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI INI LAGI. HARGAILAH ZURIAT YANG DIBERIKAN, ADAYANG SUDAH LAMA BERKAHWIN TETAPI MASIH BELUM PUNYAI ZURUAT. JANGAN KITA MEMINTA ALLAH MENARIK NIKMATNYA SEMULA DARI KITA SETELAH DIA MENGURNIAKANNYA KEPADA KITA. SEBALIKNYA JADILAH UMAT YANG SELALU BERSYUKUR DENGAN NIKMAT SERTA RAHMAT-NYA..

SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KITA DARI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA KEJI SEPERTI INI. AMINN YA RABBALA ALAMIN…

INI DI TAIP MASA CUTI SEMESTER

SALAM UKHWAH..

SETELAH TEMPOH HARI CORETAN TEMAN TIDAK HABISKAN, JADI HARI INI TEMAN INGIN SAMBUNG LAGI LA..

HARI INI MERUPAKAN DI MINGGU KEDUA TEMAN BALIK KAMPUNG DARI KAMPUS. BOSAN PULA TEMAN RASA BILA DUDUK DI KAMPUNG INI. TIDAK TAHU APA YANG MAHU DI BUAT. SEBELUM TEMAN PULANG PERAK TEMPOH HARI, SEMPAT JUGA TEMAN PERGI JALAN KAT KEDAH (SP). INI MERUPAKAN PENGALAMAN BARU BAGI TEMAN TAU. MANA TIDAKNYA, IKUT KAWAN BALIK KAMPUNG DIALAH KATAKAN. PENGALAMAN INI AKAN TEMAN KENANG BUAT SELAMANYA. INI MERUPAKAN RUMAH SAHABAT TEMAN YANG PERTAMA TEMAN ZIARAHI. MAKSUD TEMAN, SAHABAT PERTAMA DARI KAL. DALAM HATI MEMANG MAHU RASANYA PERGI KE RUMAH SAHABAT-SAHABT YANG LAIN DARI KAL. AKAN TEMAN DATANG JUGA NANTI. SAMADA DALAM TEMPOH PENGAJIAN ATAUPUN ALAM PEKERJAAN NANTI AKAN TEMAN SAMPAI JUGA.

SEMASA DI SP TEMPOH HARI, TEMAN SERONOK SANGAT. TEMAN DAPAT RASA BANGUN PAGI LIHAT PERMANDANGAN SAWAH PADI YANG TERBENTANG LUAS DI DEPAN DAN BELAKANG RUMAH. TETAPI YANG TIDAK DAPAT KALAHKAN HANYALAH AIRNYA. DI RUMAH TEMAN AIRNYA MASIH SEJUK WALAUPUN TENGAHHARI. TAPI DI SANA, JAM MENUNJUKKAN 5.30 PAGI PUN AIRNYA TIDAK SESEJUK AIR DI TEMPAT TEMAN NIE. KALAU DI SINI MAHU MANDIPUN FIKIR SEPULUH KALI. HUHUHU..

TEMAN PERGI RFC BUAT PERTAMA KALINYA PADA 6HB DISEMBER LALU, DAN IA MERUPAKAN IMPIAN TEMAN KE SP TEMPOH HARI. TEMAN SUDAH MERASAI BERADA DI TEMPAT ORANG BUAT SEMENTARA WAKTU DAN IA MERUPAKAN PENGALAMAN YANG SANGAT BERHARGA UNTUK TEMAN SIMPAN. TETAPI YANG SEDIHNYA, TIADA GAMBAR DIAMBIL UNTUK DIJADIKAN KENANGAN TEMAN. SEDIH TAU INI. TIDAK MENGAPA, AKAN TEMAN PERGI LAGI NANTI.

INI DARI HATI TEMAN, SUNGGUH SERONOK PERGI SP TEMPOH HARI, BANYAK TEMPAT BERSEJARAH DI SANA. TEMPATNYA MENARIK CUMA JAUH DARI PEKAN, ITU YANG MEMBUATKAN IA LEBIH BERMAKNA DAN ISTEMEWA DARI TEMPAT-TEMPAT LAIN. MAU TAHU??? DATANG DAN RASAILAH SENDIRI BERTAPA MENARIKNYA DI SP SANA. KATA ORANG TAK KENAL MAKA TAK CINTA. TAK RASA MAKA TAK TAHU, JADI DATANG DAN RASAI SENDIRI BARU KITA DAPAT SELAMI DAN MENIKMATINYA SENDIRI.

OKLAH SAMPAI SINI DULU BUAT KALI INI. SALAM UKHWAH TEMAN AKAN TEMAN KENANGKAN SELALU…..