TANGGAL 16hb DISEMBER 2010 MEMBUATKAN TEMAN TERSENTAK DENGAN SATU BERITA PEMBUANGAN BAYI DI KAWASAN LONGGOKAN SAMPAH DI KAMPUNG SEBERANG, JIRAN KAMPUNG TEMAN DI MUKIM BATU KURAU INI.
BILA KAJI SEJARAH DARI DAHULU LAGI, SUSAH JIKA KITA MAHU DENGAR KES BUANG BAYI DI KAWASAN KAMPUNG SEPERTI INI. GEJALA YANG BERLAKU DI KAWASAN BANDAR SUDAHPUN MELULAR KE KAWASAN KAMPUNG KINI. DIMANA ANGGAPAN YANG PERNAH DILAUNGKAN BAHAWA KAWASAN LUAR BANDAR ATAU KAMPUNG KURANGNYA KES-KES YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN??? TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA MASING-MASING..
TIMBUL PERASAAN BENCI SERTA MENYAMPAH KEPADA ORANG YANG MELAKUKAN PERKARA INI. KALAU TIDAK MAHUKAN BAYI ITU, BAGILAH KEPADA YANG MAHU. TIDAKPUN BAGI DENGAN TEMAN NIE. KASIHAN TEMAN DENGAN BAYI INI YANG MENJADI MANGSA ATAS KEKEJAMAN IBUBAPA MEREKA YANG HANYA MEMIKIRKAN SERONOK UNTUK 10-15 MINIT TANPA MEMIKIRKAN DOA YANG AKAN DI TANGGUNG SELEPAS ITU. SUDAHLAH DOSA MAKSIAT LAGI, TAMBAH PULA DENGAN DOSA BUANG BAYI YANG TIDAK TAHU APA-APA ITU. KASIHAN BAYI ITU, DIAPUN MAHU LIHAT DUNIA INI TETAPI SANGGUP IBUNYA YANG TELAH MENGANDUNGKAN DIA ITU BUANG DITEMPAT BUANG SAMPAH BILA DIA LAHIR. TANGGAPAN ORANG TIDAK LAIN TIDAK BUKAN BAHAWA KALAU TIDAK KERANA ANAK ITU LUAR NIKAH, PASTI KEJADIAN TIDAK BERLAKU.
MENGAPA MEREKA SANGGUP UNTUK MELAKUKANNYA??? ALLAH JAUHKANLAH TEMAN DARI PERBUATAN KEJI SEPERTI INI YA ALLAH. PELIHARAKANLAH SETIAP GERAK GERI TEMAN SERTA KELUARGA TEMAN DARI PERKARA KEJI INI YA ALLAH.
KEPADA PASANGAN YANG SEDANG BERCINTA BAGAI BELANGKAS DI LUAR SANA, FIKIRKANLAH SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM SEBELUM NIKAH TAU. FIKIR DAHULU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU PERKARA TERSEBUT. JANGAN KITA KORBANKAN NYAWA BAYI SEPERTI INI SEDANGKAN KITA YANG MENYEBABKAN IA WUJUD. DIA TIDAK TAHU MENAHU APA-APA, APATAH LAGI DALAM KEADAAN MAKANPUN PERLU DISUAP SEPERTI INI.
KEPADA PASANGAN YANG BERCINTA, PERKAHWINAN ITU SUCI SERTA DITUNTUT AGAMA AGAR DAPAT KITA HINDARI PERKARA-PERKARA MAKSIAT. TETAPI SEDARILAH WAHAI SAHABAT, PERKAHWINAN ITU SANGAT BERAT. BAK KATA DATO’ SM SALIM DALAM LIRIK LAGUNYA, DULU LAIN SEKARANG LAIN, DULU SENDIRI SEKARANG BERDUA BAGI YANG BERKAHWIN. BILA SUDAH BERDUA, INSYAALAH DENGAN IZIN-NYA AKAN DATANG PENYERI HIDUP RUMAH TANGGA (ANAK). BILA SUDAH BERDUA BANYAK PERLU DI PASTI UNTUK MEMASTIKAN ORANG YANG KITA TANGGUNG ITU SELAMAT SERTA CUKUP DARI SEGALA SEGI. JADI BAGI PASANGAN KEKASIH MASA KINI FIKIR SEDALAM-DALAMNYA SEBELUM MENAMATKAN ZAMAN BUJANG MEREKA ITU. SUPAYA TIDAK BERLAKUNYA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI INI LAGI. HARGAILAH ZURIAT YANG DIBERIKAN, ADAYANG SUDAH LAMA BERKAHWIN TETAPI MASIH BELUM PUNYAI ZURUAT. JANGAN KITA MEMINTA ALLAH MENARIK NIKMATNYA SEMULA DARI KITA SETELAH DIA MENGURNIAKANNYA KEPADA KITA. SEBALIKNYA JADILAH UMAT YANG SELALU BERSYUKUR DENGAN NIKMAT SERTA RAHMAT-NYA..
SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KITA DARI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA KEJI SEPERTI INI. AMINN YA RABBALA ALAMIN…
No comments:
Post a Comment