Thursday, September 6, 2012

PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA....

SUDAH LAMA TEMAN TAK EDIT BLOG NIE. MUNGKIN TENGAH SIBUK DENGAN TAHUN AKHIR PENGAJIAN TEMAN DI KAL NIE. SEKARANG TEMAN SUDAH PUN HAMPIR TAMAT 10 MINGGU LATIHAN INDUSTRI DI KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD. BANYAK PENGALAMAN BERHARGA YANG TELAH SAYA PEROLEHI DISINI.

NAMUN DALAM KEGEMBIRAAN LI SAYA TERSELIT JUGA CERITA YANG AMAT SEDIH DAN MUNGKIN TAK DAPAT SAYA LUPAKAN. TANGGAL 18/08/2012 PADA JAM 2140 LEBIH KURANG, SATU TRAGEDI YANG TIDAK DIINGINKAN TERJADI. MALAM INI MERUPAKAN MALAM RAYA AIDILFITRI DAN MENJADI SEJARAH UNTUK TEMAN DALAM SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN INI.

INI KERANA PADA MALAM INI TEMAN TELAH MENGALAMI SATU KEMALANGAN JALAN RAYA YANG MNYEBABKAN TEMAN TERPAKSA MENYAMBUT HARI RAYA DI WAD 18 HOSPITAL TAIPING. INI MERUPAKAN HARI RAYA YANG PALING SEDIH BUAT TEMAN DARI BERAYA DI PERANTAUAN SEMASA TAHUN 1 DAN TAHUN 2 SESI PENGAJIAN TEMAN DI UMSKAL. 

APABILA TEMAN SEDAR SEPENUHNYA DARI PENGSAN KIRA-KIRA JAM 0930, 19/08/2012, TEMAN TIDAK MENYANGKAKAN BAHAWA TEMAN BERADA DI WAD ATAS SEBAB KEMALANGAN JALAN RAYA SEBALIKNYA MENYANGKAKAN SEBAB MIGRAIN. DALAM JAM 1230 APABILA ORANG YANG PALING DISAYANGI DATANG UNTUK MELAWAT, TEMAN DIBERITAHU BAHAWA TEMAN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA BERSAMA ANAK SAUDARA, DAN ANAK SAUDARA TEMAN, ALONG, MENGALAMI PATAH TULANG BAHU DAN TELAH PUN BERADA DI RUMAH SETELAH MENDAPAT RAWATAN HOSPITAL SEMALAM.

INI MEMBUATKAN TEMAN RASA LEBIH BERSALAH DAN SEDIH ATAS KEJADIAN MENIMPA TEMAN DAN ANAK SAUDARA. TEMAN TIDAK DAPAT MENGINGATI APA YANG TELAH TERJADI KEPADA DIRI DAN BAGAIMANA IANYA BERLAKU. APA YANG DICERITAKAN OLEH ALONG ADALAH MOTOR YANG ADA DIHADAPAN KAMI INGIN MEMBUAT PUSING TANPA MEMBERI ISYARAT DAN KAMI TERUS MELANGGAR MOTOR TERSEBUT. 

SATU KERUNSINGAN PADA TEMAN APABILA TEMAN DIBERITAHU, TEMAN MENCARI LUKA YANG ADA PADA BADAN TETAPI TIDAK DAPAT BUKTINYA. TERKEJUT JUGA PADA AWALNYA. KALAU DIFIKIRKAN LOGIKNYA, JIKA KITA MAIN BOLAPUN ADA KESAN LUKANYA JIKA TERJATUH ATAU TERGESER ATAS PADANG, INIKAN PULA JATUH MOTOR.

MOTOR TEMAN TERUK DIBAHAGIAN HADAPAN, DAN FOCK BENGKOK DAN HANDLE PATAH. SEKARANG TIDAK LAGI SIAP DIBAIKI. APA YANG MEMBUATKAN TEMAN TERHARU APABILA ABANG TEMAN YANG PLAN UNTUK RAYA DI JOHOR BERSAMA KELUARGA MERTUANYA TERPAKSA MENYAMBUT HARI RAYA TAHUN INI DI ATAS JALAN RAYA. MAAFKAN DIK YEH YA ABANG CHIK. 

DISEBABKAN KEJADIAN ITU, SAYA TERPAKSA BERCUTI SELAMA 2 MINGGU DARI LI. KEJADIAN INI AKAN SAYA INGAT SAMPAI BILA-BILA. YANG PALING PENTING, ALHAMDULILLAH TEMAN TIDAK MENGALAMI KECEDERAAN YANG SERIUS CUMA KEPALA SAHAJA MENGALAMI LEBAM.

TEMAN TERUSKAN TUGASAN TEMAN DITEMPAT LI UNTUK MINGGU YANG TERAKHIR. INI MERUPAKAN HARI YANG KE-4 SELEPAS CUTI KEMALANGAN TEMAN DAN BERBAKI 2 HARI SAHAJA LAGI TEMPOH LI TEMAN DI KPKTB INI.

Monday, April 2, 2012

LUAHANKU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama teman tak menulis blog ini, hari ini terasa macam mau menulis pula. Perasaan pelik dan berbeza teman rasakan sekarang. Adakah kerana masalah hati yang kecil perlu diperbesarkan? Teman rasa kita perlu muhasabah balik diri kita apabila kita meletakkan diri kita dalam kita bermasalah hati ini. Kita hanyalah insan biasa yang belum tentu akan dijemput pulang kepada-Nya. Begitu juga teman, saya rasa keseorangan sekarang. Namun begitu, teman masih ada yang menyokong. Ingat kawan yang kita jumpa satu ketika dulu akan pergi meninggalkan kita juga akhirnya. Hatta isteri yang kita sayang sekalipun akan pergi jua akhirnya.
Seperti yang teman pernah tuliskan dahulu beza antara kawan dan sahabat. Sahabat tiba bila kita susah mahupun senang tetapi kawan pula datang jika kita senang tapi pergi bila kita perlukan bantuan dan pertolongannya, dalam kata lain masa kita susah la. Teman bukan la mahu sangat perasaan ini tapi kita perlu juga ambil tahu tentang perkara-perkara begini. Teman rasa Islam pun tidak menggalakan umatnya bermusuhan selagi mana dia masih tidak melakukan kezaliman serta masih menjalankan kehidupan yang betul dari segi syarak.
Hari ini, teman nampak ramai yang berlumba-lumba mahu buktikan aku lebih hebat dan kuasa dan pangkat menhadi buruan. Sedangkan yang kita tahu ini adalah ujian dari Allah macam mana untuk kita menguruskannya. Bukan senang untuk memegang sesutu jawatan ini. Teman juga pernah merasainya di sini. Banyak yang telah teman belajar dalam berorganisasi. Sudah namanya pun organisasi, kalau kita mahu jatuh-menjatuhkan sesama kita dalam organisasi tersebut tiada gunanya. Hanya yang berlaku permusuhan dan gerak kerja akan semakin terbantuk.
Cuba kita bayangkan jika dahulu kerja yang dilakukan seramai 10 orang diambil alih dengan 5 orang, apakah yang akan berlaku?? Walau apa pun salah dan kesalahan yang dia lakukan, pada teman kita perlu untuk terima seadanya kelemahan dan berusaha untuk mengatasi dan menasihati bukan terus membunuh. Itulah dinamakan berorganisasi.
Rasanya disinilah sahaja teman tutup, nanti akan teman sambung. Sakit hati bila difikirkan sekarang..