Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama teman tak menulis blog ini, hari ini terasa macam mau menulis pula. Perasaan pelik dan berbeza teman rasakan sekarang. Adakah kerana masalah hati yang kecil perlu diperbesarkan? Teman rasa kita perlu muhasabah balik diri kita apabila kita meletakkan diri kita dalam kita bermasalah hati ini. Kita hanyalah insan biasa yang belum tentu akan dijemput pulang kepada-Nya. Begitu juga teman, saya rasa keseorangan sekarang. Namun begitu, teman masih ada yang menyokong. Ingat kawan yang kita jumpa satu ketika dulu akan pergi meninggalkan kita juga akhirnya. Hatta isteri yang kita sayang sekalipun akan pergi jua akhirnya.
Seperti yang teman pernah tuliskan dahulu beza antara kawan dan sahabat. Sahabat tiba bila kita susah mahupun senang tetapi kawan pula datang jika kita senang tapi pergi bila kita perlukan bantuan dan pertolongannya, dalam kata lain masa kita susah la. Teman bukan la mahu sangat perasaan ini tapi kita perlu juga ambil tahu tentang perkara-perkara begini. Teman rasa Islam pun tidak menggalakan umatnya bermusuhan selagi mana dia masih tidak melakukan kezaliman serta masih menjalankan kehidupan yang betul dari segi syarak.
Hari ini, teman nampak ramai yang berlumba-lumba mahu buktikan aku lebih hebat dan kuasa dan pangkat menhadi buruan. Sedangkan yang kita tahu ini adalah ujian dari Allah macam mana untuk kita menguruskannya. Bukan senang untuk memegang sesutu jawatan ini. Teman juga pernah merasainya di sini. Banyak yang telah teman belajar dalam berorganisasi. Sudah namanya pun organisasi, kalau kita mahu jatuh-menjatuhkan sesama kita dalam organisasi tersebut tiada gunanya. Hanya yang berlaku permusuhan dan gerak kerja akan semakin terbantuk.
Cuba kita bayangkan jika dahulu kerja yang dilakukan seramai 10 orang diambil alih dengan 5 orang, apakah yang akan berlaku?? Walau apa pun salah dan kesalahan yang dia lakukan, pada teman kita perlu untuk terima seadanya kelemahan dan berusaha untuk mengatasi dan menasihati bukan terus membunuh. Itulah dinamakan berorganisasi.
Rasanya disinilah sahaja teman tutup, nanti akan teman sambung. Sakit hati bila difikirkan sekarang..
No comments:
Post a Comment