APA DAH JADI SEKARANG???
ASSALAMUALAIKUM….
TEMAN MULAKAN DENGAN PERSOALAN
MENGAPA SEKARANG ORANG SANGGUP MELAKUKAN APA JUA UNTUK KESENANGAN DI DUNIA
SEMATA-MATA? PADA TEMAN, KITA ADA JAWAPANNYA TERSENDIRI. BAK KATA PUJANGGA
TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA MASING-MASING. DAN SIAPA YANG PATUT DISALAHKAN
DALAM HAL INI? INDIVIDU, IBUBAPA, GURU-GURU, INSTITUSI PEMBELAJARAN,
MASYARAKAT, PEMERINTAH ATAUPUN NEGARA ITU SENDIRI?
DARI PENDAPAT TEMAN PULA, SEMUA
INI BERLAKU AKIBATNYA PADA MASA SEKARANG MATA MANUSIA ITU TELAH DI KABURI DENGAN WANG. PADA
MASA YANG SAMA JUGA TIDAK HAIRAN LAGI KALAU SESEORANG ITU SANGGUP LAKUKAN APA
SAHAJA UNTUK KESEDARAN HIDUP. APAKAH MEREKA LUPA AKAN AKIBAT MELAKUKAN SESUATU
ITU?
SIAPA YANG HARUS DISALAHKAN
DALAM SEMUA HAL INI? INILAH YANG SEBENARNYA INGIN TEMAN KONGSIKAN DAN MAHU
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN. SEMUA PIHAK PERLU DISALAHKAN PADA TEMAN DALAM HAL INI.
BAIK DARI SEGI PEMERINTAHAN NEGARA MAHUPUN PEMERINTAHAN KEKELUARGAAN. BAGI
TEMAN IANYA PERLU DIMULAI DENGAN INDIVIDU ITU SENDIRI. JIKA INDIVIDU ITU
MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG AGAMA, MEREKA AKAN MENGAWAL SEGALA TINGKAH
LAKUNYA.
SETIAP INDIVIDU ITU PASTI AKAN
MENJADI PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA. INI KERANA SEMUA ORANG AKAN BERKAHWIN
PADA SUATU KETIKA NANTI. OLEH YANG DEMIKIAN, MEREKA AKAN MENJADI PERDANA
MENTERI DI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN BAGI LELAKI DAN TIMBALANNYA ADALAH KAUM
WANITA. OLEH SEBAB ITU, PERLUNYA INDIVIDU YANG BERPENDIDIKAN AGAMA DAN FAHAM
SERBA SEDIKIT HUKUM HAKAM AGAMA, KERANA INI AKAN DIWARISI KEPADA ANAK-ANAK
MEREKA.
IBUBAPA PADA HARI INI TIDAKLAH
BOLEH MENYANDARKAN TANGGUNGJAWAB MEDIDIK KEPADA GURU-GURU DI SEKOLAH
SEMATA-MATA. IBUBAPA JUGA PERLU MENJADI IDOLA ATAU IKUTAN YANG BAIK KEPADA
ANAK-ANAK MEREKA SAMA ADA DARI SEGI PEKERJAAN MAHUPUN TADBIR URUS RUMAH
TANGGANYA. JIKA KETUA ATAU PERDANA MENTERI DALAM SESEBUAH NEGARA BERGELAR
KELUARGA INI DAPAT MENJELANKAN TUGASNYA DENGAN BAIK, INSHAALLAH PRODUK YANG
DIHASILKAN JUGA TERBAIK DARI LADANG.
No comments:
Post a Comment