Wednesday, October 28, 2009

MUTIARA KATA


Orang yang bercita-cita dan berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatu cita-cita.

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.

Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah supaya dia marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.

Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.wa

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

No comments:

Post a Comment