Monday, October 26, 2009

NILAI PERSAHABATAN

JIKA KITA SEORANG YANG BENAR-BENAR IKHLAS DALAM PERSAHABATAN, KITA AKAN MENGHARGAI APA JUA PANDANGAN DAN TEGURAN KAWAN-KAWAN KITA SERTA BERUSAHA MENJADI APA YANG MEREKA MAHUKAN. WALAU JAUH DIPISAHKAN DENGAN LAUTAN LUAS TETEPI DI INGATAN JANGAN PERNAH LUPA AKAN KAWAN KITA YANG BANYAK MEMBERI SEMANGAT SERTA NASIHAT KEPADA KITA. INGAT IKATAN YANG TELAH TERJALIN TIDAK AKAN PUTUS SAMPAI BILA-BILA PUN. TIDAK AKAN TERPISAH OLE MASA MAHUPUN JARAK KITA BERADA. OLEH ITU KITA SEBAGAI SEORANG YANG MENJALINKAN PERSAHABATAN PERLULAH INGAT MEMPERINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN. INGATLAH BAHAWA PERSAHABATAN YANG AKRAB MEMBAWA KEPADA KEBAHAGIAAN DALAM KEHIDUPAN.

JANGAN KITA JADIKAN RAKAN KITA TEMPAT MELEPASKAN KEMARAHAN SERTA TEKANAN SAHAJA. SEBALIKNYA JADIKAN RAKAN KITA SEBAGAI PASANGAN YANG MENDORONG KITA KEARAH KEBAIKAN. JANGAN KITA GUNA ORANG YANG DISEKELILING KITA UNTUK KEPENTINGAN KITA SENDIRI SAHAJA. CUBALAH KITA JADI RAKAN DAN SAHABAT YANG ADA KETIKA SENANG DAN SUSAH. JANGANLAH KITA MENJADI SEORANG YANG HANYA KITA YANG MAHU DI DENGARI TETAPI CUBALAH JADI SEORANG YANG MENDENGAR DAN PENDENGAR YANG BAIK. TEMAN PERCAYA DENGAN INI BARU KITA MENGERTI ERTI PERSAHABATAN ITU SENDIRI.
CUBALAH KITA MENASIHATI RAKAN KITA KEARAH KEBAIKAN. TIDAK KIRALAH NASIHAT ITU SUDAH LAPOK ATAU TIDAK. JANGAN KITA MENGHARAPKAN KEPUJIAN DARI RAKAN KITA TETAPI MENGHARAPLAH UNTUK KEBAIKAN PERUBAHAN RAKAN KITA.

DALAM SEGI CINTA PULA, BAGI TEMAN TIDAK MENJADI MASALAH UNTUK KITA MERASA CINTA DAN DICINTAI. ASALKAN PANDAI JAGA NAMA, MARUAH DAN BATAS-BATAS AGAMA, KELUARGA SERTA DIRI CUKUPLAH. TAPI JANGAN KITA TERLALU MENGHARAP KEPADA PASANGAN KITA SEBELUM DIA BETUL-BETUL MENJADI HAK KITA. DALAM KES CINTA INI KITA PERLU MENYAYANGI DIRI KITA 99% DAN KITA MEMBERI KASIH SAYANG KITA KEPADA ORANG YANG HANYA 1%. INI SEBAGAI SATU LANGKAH UNTUK KITA TIDAK TERLALU KECEWA APABILA TERPISAH. INI KERANA CINTA USIA MUDA TIDAK MENJAMIN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT. ITULAH KONSEP KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN. DAN KITA HANYA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN YANG TERBAIK IALAH PERANCANGAN DARI ALLAH SWT. KITA TIDAK TAHU JODOH KITA, TETAPI TIADA MASALAH KALAU KITA BERUSAHA UNTUK MENCARI DAN MEMILIH PASANGAN HIDUP KITA. TETAPI TEMAN NASIHATKAN KEPADA YANG PUTUS CINTA ITU, JANGANLAH KITA PUTUSKAN PERSAHABATAN YANG TELAH KITA JALINKAN. JADIKAN PERIKATAN KITA TETAP TEGUH WALAUPUN TIDAK MENJADI MILIK KITA. INI KERANA IKATAN YANG KITA JALINKAN TIDAK AKAN LUPUT DAN HILANG DARI DIRI KITA.. LAIN ORANG LAIN PANDANGAN FIKIR-FIKIRKANLAH.. YANG BAIK JADIKAN TELADAN YANG BURUK ITU JADIKAN PENGAJARAN.

HARGAILAH RAKAN-RAKAN ANDA. DIALAH KELUARGA ANDA BILA BERJAUHAN DARI KELUARGA TERCINTA. TETAPI JANGAN KITA TERLALU MELEBIHKAN SAHABAT SEHINGGA KELUARGA TERSAYANG DI ABAIKAN.. JADILAH ORANG BIJAK MENGIMBANGKAN KASIH SAYANG KEPADA SAHABAT SERTA KEPADA KELUARGA TERCINTA. BAGI TEMAN DARIPADA KITA MENYUSAHKAN RAKAN-RAKAN LEBIH BAIK KITA SUSAHKAN KELUARGA SENDIRI. SEBABNYA KITA AKAN SENTIASA BERSAMA MEREKA NANTI.. LEBIH 80% HIDUP KITA BERSAMA KELUARGA KITA... RENUNG-RENUNGKAN.. TEPUKLAH DADA KOME TANYALAH IMAN DAN SELERA KOME SENDIRI...

No comments:

Post a Comment