Tuesday, September 28, 2010

HARGAILAH MAMA

MAMA MERUPAKAN INSAN PALING BERMAKNA DALAM HIDUP KITA SEMUA. TANPANYA APAKAH KITA BOLEH MELIHAT DUNIA INI SEPERTI YANG KITA RASAI HARI INI? MEMANG ITU KEHENDAK TUHAN YANG MENENTUKAN SAMA ADA KITA AKAN TERUS MENERUSKAN HIDUP SERTA CABARAN DI DUNIA INI MAHUPUN TIDAK. ADA YANG TIDAK SEMPAT MERSAI NIKMAT HIDUP DI DUNIA INI. ADA YANG SEKADAR BEBERAPA JAM SAHAJA SEMPAT MERASAI HIDUP DI DUNIA INI. SEMUANYA BERMULA DARI MAMA SERTA PAPA KITA MASING-MASING. INSAN YANG PERLU KITA HARGAI SEMASA MEREKA MASIH ADA DI SAMPING KITA. KATA ORANG, MAKANAN JIKA HABIS BOLEH DIBELI SEMULA. ISTERI JIKA MENINGGAL BELEH KAHWIN LAGI. TETAPI MAMA BILA SUDAH MENINGGAL TIDAK AKAN DAPAT CARI MAMA YANG BARU UNTUK SAMAKAN FUNGSI MAMA KANDUNG KITA.

PERNAHKAH KITA CUBA UNTUK MERASAI ATAU SELAMI PERASAAN IBU KITA TERHADAP KITA? TEPUK DADA TANYALAH IMAN MASING-MASING. PERNAHKAH KITA CUBA RASA APA YANG IBU KITA RASA? KALAU PEREMPUAN INSYAALLAH DAPAT MERASAI HATI IBU ITU KERANA MEREKA BERPELUANG MENJADI IBU SUATU HARI NANTI. JIKA LELAKI, BAGAIMANA KITA MAHU CUBA MERASAINYA?

MAMA, MASAKU KECIL SANGGUP KAU KORBANKAN MASA TIDURMU UNTUK MEMASTIKAN AKU DAPAT TIDUR DENGAN TENANG. MAMA MASAKU KECIL KAULAH PELINDUNGKU DARI SEGALA ANCAMAN SERTA USIKAN ABANG-ABANG SERTA AKAK-AKAKKU. TIDAK AKAN KAU BIARKANKU MENANGGUNG KESAKITAN SENDIRIAN WALAU SEDIKITPUN. MAMA BILA AKU SEDIH KAULAH YANG PENGHIBURNYA. MAMA AKAN KAU USAHAKAN APA SAHAJA YANG AKU MINTA.

BILA AKU SUDAH MENCAPAI USIA DEWASA, SEMAKIN KAU KU LUPAKAN MAMA. SEMAKIN AKU INGATKAN TEMAN SEHIDUPKU WALAUPUN BARU BERJUMPA SETAHUN DUA. MAMA YANG LEBIH SEPARUH HIDUPNYA BERSAMA KITA SANGGUP DILUPAKAN UNTUK KESERONOKKAN. MAMA MANA YANG INGIN ANAKNYA HIDUP SUSAH SERTA DALAM KEADAAN SEDIH WALAUPUN MEREKA TERPAKSA BERSEDIH. SANGGUPKAH KITA LIHAT MAMA KITA SEDIH? DIALAH ORANG YANG PALING AWAL KITA KENALI. SANGGUPKAH KITA MENGHAMPAKAN HARAPANNYA? JAWAPANNYA ADA PADA DIRI KITA MASING-MASING.

MAMA ORANG PERTAMA YANG AKAN MENGALAMI KEBIMBANGAN JIKA ANAKNYA AKAN KELUAR DARI RUMAH KE SESUATU TEMPAT YANG JAUH DARINYA. CONTOHNYA, KE ALAM PEKERJAAN, KE MENARA GADING SERTA BILA ANAKNYA AKAN MENAMATKAN ZAMAN BUJANGNYA.. PERSOALAN YANG AKAN BERMAIN DALAM DIRI SEORANG MAMA, "APAKAH ANAKKU MAMPU HIDUP TANPAKU?, SIHAT KE TIDAK ANAKKU DI SANA?, SUDAH MAKAN KE BELUM ANAKKU NIE?,SERTA BANYAK LAGI". WALAUPUN KITA NAMPAK REMEH TETAPI BESAR BAGI HATI SEORANG IBU.

INI MERUPAKAN PENGALAMAN TEMAN SENDIRI. PADA TAHUN 2008 BULAN JUN, TEMAN BERPELUANG UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MENARA GADING YANG BERADA DI KEJAUHAN SEBERANG LAUT (LABUAN). TEMAN MERUPAKAN SEORANG YANG X PERNAH KELUAR RUMAH DARI KECIL HINGGA UMUR 19 TAHUN. MAKSUD TEMAN, TIDAK PERNAH BERJAUHAN DARI KELUARGA SEMASA SESI PERSEKOLAHAN. BILA TEMAN DAPAT BERITA INI, MAMA TEMAN SUDAH RISAU TENTANG DIRI TEMAN. ADA SATU MASA MAMA TEMAN DISERANG PENYAKIT DARAH TINGGI YANG SANGAT TINGGI OLEH SEBAB TERLAMPAU RISAUKAN TEMAN. BIASALAKAN ANAK BUNGSU KATAKAN. BILA TEMAN TAHU KEADAAN MAMA TEMAN INI, TERUS CALL DAN MENENANGKAN DIRI DIA YANG TEMAN SIHAT SERTA SERONOK BERSAMA RAKAN-RAKAN BARU TEMAN DI SINI.

JADI DARIPADA ITU HARGAILAH MAMA KITA SEADANYA. SELAGI KITA MASIH DI BERI PELUANG UNTUK MENATAP WAJAHNYA. JANGAN SESEKALI KITA PERNAH MENYAKIT HATINYA. WALAUBAGAIMANAPUN KITA SEMUA HANYA MANUSIA BIASA TIDAK DAPAT LARI DARI MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA MAMA DAN PAPA KITA. POHONLAH MAAF KEPADA MEREKA. BERDOALAH SELALU AGAR TUHAN MEMBAHAGIAKAN BAKI KEHIDUPAN MEREKA DIDUNIA SERTA KEBAHAGIAN DI AKHIRAT KELAK. JANGAN KITA SESEKALI MELUPAKAN SEGALA PENGORBANAN MEREKA SEMASA MEREKA MEMBESARKAN KITA. BILA KITA SENANG JANGAN KITA LUPAKAN TERUS MEREKA. BILA KITA SUDAH BEKERJA, SAAT INILAH KITA PERLU BALAS SEMULA SEGALA KEPRITAN MEREKA. JANGAN TERLALU CEPAT KITA MAHU MENBINA HIDUP SENDIRI DENGAN PASANGAN KITA SEBELUM MEREKA DAPAT APA YANG MEREKA BERIKAN KEPADA KITA SEKIAN LAMA. BERBAKTILAH KEPADA MAMA DAN PAPA TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERBAKTI KEPADA KELUARGA SENDIRI.... RENUNG-RENUNGKANLAH DIMANA KITA..

No comments:

Post a Comment