HARI INI MERUPAKAN HARI YANG KE-19 KITA DI BULAN SYAWAL. MASIH BELUM TERLEWAT JIKA KITA MENGERJAKAN IBADAT PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN INI. MARILAH KITA BERABIS UNTUK MENGHABISKANNYA. MASIH ADA 10 HARI LAGI KITA DI BULAN SYAWAL INI. MULAKAN PECUTAN UNTUK MENGHABISKAN BAKI PUASA 6 KITA. TEMAN PUN MASIH BELUM SEMPURNAKANNYA. JOM KITA HABISKANNYA. SESUNGGUHNYA PUASA SUNAT 6 HARI HANYALAH SUNAT SEMATA-MATA. TETAPI SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG ATAU UMATNYA YANG MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK DIWAJIBKAN KEATASNYA. MARILAH KITA SAMA-SAMA KITA MENCARI KEREDHAAN-NYA DENGAN MEMBANYAKKAN AMALAN-AMALAN SUNAT.
ANTARA KELEBIHAN BULAN SYAWAL INI IALAH,
"Antara fadilat sembahyang tengah malam pada malam Hari Raya Aidil Fitri ialah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga."
DALAM SITUASI YANG LAIN RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG DIRIWAYATKAN OLEH ATTHARANI YANG MAKSUDNYA, "Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)."
MARI KITA TEROKAI APAKAH KELEBIHAN BERPUSA 6 HARI DI BULAN SYAWAL INI
HARI PERTAMA:
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.
HARI KEDUA:
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
-keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.
HARI KETIGA
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.
-sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.
HARI KEEMPAT
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.
HARI KELIMA
-mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.
-menyamai berpuasa sepanjang tahun
HARI KEENAM
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.
-jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.
ANTARA KELEBIHAN LAIN SYAWAL
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
MARILAH KITA MENGERJAKAN SERTA BERLUMBA UNTUK MENDAPATKAN MANFAAT DARI MENJALANKAN IBADAH SUNAT INI DI BULAN SYAWAL YANG PENUH DENGAN RAHMAT DARI-NYA. IKHLASKAN DIRI UNTUK MENUNAIKANNYA, JANGAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANGGA-BANGGAKAN DIRI DENGAN SAHABAT-SAHABAT KITA YANG LAIN.. BIARLAH KITA LEWATKAN PERLAKSANAANNYA TETAPI LAHIR DENGAN PERASAAN IKHLAS DARI HATI KITA. DENGAN INI TEMAN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP YANG TELAH LAKUKAN SAMADA DALAM SEDAR MAHUPUN TIDAK..
No comments:
Post a Comment