Tuesday, December 14, 2010

ASSALAMUALAIKUM....

SETELAH SEKIAN LAMA TEMAN TIDAK TULIS NIE. MALAM INI RASANYA MAHU LUAHKAN SEDIKITLAH APA YANG TERPENDAM DALAM LUBUK HATI INI. TEMAN BARU JUGA PULANG DARI KAMPUS. BOLEH LA DIKATAKAN BARU, 7HB DIS. TEMPOH HARI. TAPI DARI SABAH TEMAN PULANG 4HB LAGI. TETAPI TEMAN MAU JALAN-JALAN LA KATAKAN, P LA KEDAH DULU. BEST JUGA LA P KEDAH TEMPOH HARI.

DI KEDAH TEMPOH HARI, TEMAN DIBAWA KE TEMPAT YANGBELUM PERNAH TEMAN TERFIKIR UNTUK PERGI. TERIMA KASIH SAHABAT TEMAN... TEMAN TERHARU SANGAT..

AKAN KU SAMBUNG CORETAN INI.. TUNGGU TAUUUUUUUU

Tuesday, November 9, 2010

SELAMAT MENDUDUKI EXAM SEM 2 2010/2011

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


.......................................................................................

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

.......................................................................................

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

.......................................................................................
Doa memohon kejayaan cemerlang -
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.

PERSEDIAAN MENTAL

Malam Peperiksaan

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

Pagi Sebelum Peperiksaan

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.4.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.Lihat semua soalan.
4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.


Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.


Sunday, November 7, 2010

CALON ISTERI YANG BAIK

1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat- sifat solehah serta takut akan Allah
s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada laranganNya dan perkara-perkara yang haram.
Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan kerana agamanya,maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama”
Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa
“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.”
2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai dan akhlaknya kerana ianya akan
membantu dalam menyempurnakan ibadah terhadap Allah s.w.t.
Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.
Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.
Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.
Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki
supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya

Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan
dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.
Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan. Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa pemberian suami tidak mencukupi. (Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)

Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap
sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.
Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika
ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-
Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.

Sifat Al-Jubnu
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.
3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.
4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah kerana
sabda Nabi s.a.w yang maksudnya :
“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang
terlebih murah isi kahwinnya”
Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud:
“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan
rahimnya itu kepada beranak”
Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
• Rendah mas kahwinnya
• Disegerakan perkahwinannya.
• Menyegerakan untuk mendapat anak.
5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak / melahirkan zuriat kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya”
6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan isteri.
7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa yang baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”
8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat yang hampir kerana yang demikian
itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w pula menyebut yang bermaksud :
“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa sesungguhnya
anak itu dijadikan daif tubuhnya”

UNTUK LELAKI YANG MAHUKAN KEBAHAGIAN DALAM BERKONGSI HIDUP..

10 Sifat Calon Suami Yang Baik untuk dikongsi

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

APAKAH KITA LELAKI INI?

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Monday, October 25, 2010

SALAM KELUHAN

JIKA KITA LIHAT PADA HARI INI, RAMAI YANG BERBICARA TENTANG ISLAM ITU SENDIRI. TEMAN RASA KECEWA YANG TERAMAT SANGAT KERANA SAAT AGAMA TERCINTA TEMAN DI CACI, DIBURUK-BURUKKAN TRMAN HANYA BERDIAM DIRI SERTA TIDAK TAHU APA YANG HARUS DILAKUKAN. HANYA DI DALAM HATI INI PERASAAN MARAH, GERAM SERTA MELUAT MEMBUAK-BUAK. APAKAN DAYA TEMAN HANYA INSAN KERDIL YANG TIDAK TAHU APA SEPATUTNYA TEMAN LAKUKAN.

SEBAGAI PENYELESAIAN DARI TEMAN SENDIRI, KITA PERLU KUAT DALAM SEGENAP SEGI. TIDAK KIRALAH DARI SEGI FIZAKAL, MENTAL, ROH MAHUPUN PEMIKIRAN. KITA PERLU TAHU DALAM APA JUA ASPEK PENGETAHUAN, BUKAN SAHAJA TENTANG KEAGAMAAN SEMATA-MATA, ASPEK KEDUNIAAN SERTA PEMIKIRAN JUGA PERLU DITINGKATKAN DARI MASA KE SEMASA. BAK FIRMAN ALLAHYANG MAKSUDNYA "ALLAH TIDAK AKAN UBAH SESUATU KAUM ITU MELAINKAN SESUATU KAUM ITU SENDIRI YANG BERUSAHA MENGUBAHNYA". DALAM KONTEKS YANG LEBIH KECIL KITA DAPAT APLIKASIKAN SEBAGAI KITALAH YANG PERLU MENGUBAH DIRI KITA SENDIRI. ORANG LAIN TIDAK AKAN DAPAT MENGUBAH KITA MELAINKAN TUNJUK AJAR SERTA NASIHAT MEREKA SEMATA-MATA.

JIKA KITA IKUT PERKEMBANGAN SEMASA SEKARANG PELBAGAI SPEKULASI YANG MENYATAKAN UMAT ISLAM INI PENGGANAS. JIKA KITA TENGOK DI PALESTINE SENDIRI, SIAPA PENGGANAS SEBENARNYA. KALAU TIDAK SILAP TEMAN, DALAM MINGGU LEPAS TEMAN TERBACA BERITA HARIAN DALAM SEGMEN DUNIA MENYATAKAN PENGECARA ATAU HOST SESUATU RANCANGAN DI USA MENGELUARKAN STATEMENT BAHAWA UMAT ISLAM ADALAH PENGGANAS. TEMAN PADA MASA BARU SAHAJA MELIHAT TAJUK, API KEMARAHAN SUDAH TIMBUL DARI HATI TEMAN. KITA TIDAK MENGENCAM MEREKA, TETAPI MENGAPA MEREKA SELALU MENGENCAM UMAT ISLAM? APAPUN TEPUK DADA TANYA IMAN KITA MASING-MASING.

KESIMPULANNYA DI SINI TEMAN MAHU DENGAN TEGASNYA MENYERU AGAR KITA UMAT ISLAM DI DUNIA INI BERSIAP SEDIA DARI SEGENAP ASPEK YANG MERANGKUMI, KETENTERAAN, PEMIKIRAN, ROHANI JASMANI SERTA ASPEK YANG TERPENTING ASPEK KEAGAMAAN. MARILAH WAHAI SAHABAT-SAHABAT TEMAN KITA MULAKAN ANJAKKAN PARADIGMA DALAM HIDUP KITA UNTUK MENJADI UMAT ISLAM YANG CEMERLAG, GEMILANG TERBILANG DI SELURUH DUNIA. BIAR MATA DUNIA TERBELIAK MALIHAT KEBANGKITAN ISLAM... INSYAALLAH.. ALLAHUALAM.....

Monday, October 4, 2010

RUNGKAI BERSAMA.....

ASSALAMUALAIKUM...
PADA HARI INI TEMAN MAHU KONGSIKAN SATU TOPIK YANG SEMEMANGNYA LUMRAH KITA SEBAGAI MANUSIA.. HAYATILAH LIRIK SERTA CUBA KITA FAHAMI MAKSUDNYA...


BANYAK PENGAJARANNYA DAPAT KITA AMBIL DARI LAGU DI ATAS INI. APA YANG TEMAN YAKIN DALAM LAGU INI KITA SUKA MELAKUKAN DI SAAT AKHIR. BAK KATA PERPATAH "MAHU TERBERAK BARU MAHU KOREK LUBANG" LEBIH KURANG BEGITULAH KOT.. TEMAN NIE BUKAN PANDAI SANGAT TENTANG PEPATAH NIE.

TAPI SESUATU ITU PERLU DI RAHSIAKAN PENGETAHUANNYA. JIKA TIDAK SEMUA ORANG TIDAK BERANI MELAKUKAN SESUATU. BEGITU JUGA KONSEP DOSA PAHALA, JIKA KITA SEMUA DAPAT MELIHATNYA, TEMAN YAKIN DAN PERCAYA SEMUA ORANG TAKUT UNTUK BUAT DOSA DI DUNIA INI. JIKA KITA TAHU BILA AJAL KITA,TEMAN JUGA YAKIN BAHAWA KITA SEMUA PASTI MELAKUKAN IBADAT SECARA BERTERUSAN SEPANJANG TAHU DAN MENGABAIKAN HAL-HAL DUNIA YANG LAIN. MENGAPA DIRAHSIAKAN? HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU HIKMAHNYA. MUNGKIN UNTUK MENDIDIK UMATNYA TENTANG KEIKHLASAN..

PENGAJARANNYA DARILAGU DI ATAS TADI DAPAT TEMAN KATAKAN BAHAWA KITA PERLU SENTIASA BERWASPADA DENGAN APA JUA KEADAAN. AGAR KITA TIDAK AKAN KECEWA DI KEMUDIAN HARI. JANGAN KITA MENYESAL SETELAH MELAKUKANNYA. APA PUN HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU SEJAUH MANA KITA BERUSAHA UNTUK MENGELAK SERTA MENGUBAHNYA... INSYAALLAH DIBERKATINYA.. SAMA-SAMMALAH KITA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH.. DARI ANDAIKU TAHU MENJADI HARUSKU TAHU AKIBATNYA... ALLAHU ALAM...

Tuesday, September 28, 2010

HARGAILAH MAMA

MAMA MERUPAKAN INSAN PALING BERMAKNA DALAM HIDUP KITA SEMUA. TANPANYA APAKAH KITA BOLEH MELIHAT DUNIA INI SEPERTI YANG KITA RASAI HARI INI? MEMANG ITU KEHENDAK TUHAN YANG MENENTUKAN SAMA ADA KITA AKAN TERUS MENERUSKAN HIDUP SERTA CABARAN DI DUNIA INI MAHUPUN TIDAK. ADA YANG TIDAK SEMPAT MERSAI NIKMAT HIDUP DI DUNIA INI. ADA YANG SEKADAR BEBERAPA JAM SAHAJA SEMPAT MERASAI HIDUP DI DUNIA INI. SEMUANYA BERMULA DARI MAMA SERTA PAPA KITA MASING-MASING. INSAN YANG PERLU KITA HARGAI SEMASA MEREKA MASIH ADA DI SAMPING KITA. KATA ORANG, MAKANAN JIKA HABIS BOLEH DIBELI SEMULA. ISTERI JIKA MENINGGAL BELEH KAHWIN LAGI. TETAPI MAMA BILA SUDAH MENINGGAL TIDAK AKAN DAPAT CARI MAMA YANG BARU UNTUK SAMAKAN FUNGSI MAMA KANDUNG KITA.

PERNAHKAH KITA CUBA UNTUK MERASAI ATAU SELAMI PERASAAN IBU KITA TERHADAP KITA? TEPUK DADA TANYALAH IMAN MASING-MASING. PERNAHKAH KITA CUBA RASA APA YANG IBU KITA RASA? KALAU PEREMPUAN INSYAALLAH DAPAT MERASAI HATI IBU ITU KERANA MEREKA BERPELUANG MENJADI IBU SUATU HARI NANTI. JIKA LELAKI, BAGAIMANA KITA MAHU CUBA MERASAINYA?

MAMA, MASAKU KECIL SANGGUP KAU KORBANKAN MASA TIDURMU UNTUK MEMASTIKAN AKU DAPAT TIDUR DENGAN TENANG. MAMA MASAKU KECIL KAULAH PELINDUNGKU DARI SEGALA ANCAMAN SERTA USIKAN ABANG-ABANG SERTA AKAK-AKAKKU. TIDAK AKAN KAU BIARKANKU MENANGGUNG KESAKITAN SENDIRIAN WALAU SEDIKITPUN. MAMA BILA AKU SEDIH KAULAH YANG PENGHIBURNYA. MAMA AKAN KAU USAHAKAN APA SAHAJA YANG AKU MINTA.

BILA AKU SUDAH MENCAPAI USIA DEWASA, SEMAKIN KAU KU LUPAKAN MAMA. SEMAKIN AKU INGATKAN TEMAN SEHIDUPKU WALAUPUN BARU BERJUMPA SETAHUN DUA. MAMA YANG LEBIH SEPARUH HIDUPNYA BERSAMA KITA SANGGUP DILUPAKAN UNTUK KESERONOKKAN. MAMA MANA YANG INGIN ANAKNYA HIDUP SUSAH SERTA DALAM KEADAAN SEDIH WALAUPUN MEREKA TERPAKSA BERSEDIH. SANGGUPKAH KITA LIHAT MAMA KITA SEDIH? DIALAH ORANG YANG PALING AWAL KITA KENALI. SANGGUPKAH KITA MENGHAMPAKAN HARAPANNYA? JAWAPANNYA ADA PADA DIRI KITA MASING-MASING.

MAMA ORANG PERTAMA YANG AKAN MENGALAMI KEBIMBANGAN JIKA ANAKNYA AKAN KELUAR DARI RUMAH KE SESUATU TEMPAT YANG JAUH DARINYA. CONTOHNYA, KE ALAM PEKERJAAN, KE MENARA GADING SERTA BILA ANAKNYA AKAN MENAMATKAN ZAMAN BUJANGNYA.. PERSOALAN YANG AKAN BERMAIN DALAM DIRI SEORANG MAMA, "APAKAH ANAKKU MAMPU HIDUP TANPAKU?, SIHAT KE TIDAK ANAKKU DI SANA?, SUDAH MAKAN KE BELUM ANAKKU NIE?,SERTA BANYAK LAGI". WALAUPUN KITA NAMPAK REMEH TETAPI BESAR BAGI HATI SEORANG IBU.

INI MERUPAKAN PENGALAMAN TEMAN SENDIRI. PADA TAHUN 2008 BULAN JUN, TEMAN BERPELUANG UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MENARA GADING YANG BERADA DI KEJAUHAN SEBERANG LAUT (LABUAN). TEMAN MERUPAKAN SEORANG YANG X PERNAH KELUAR RUMAH DARI KECIL HINGGA UMUR 19 TAHUN. MAKSUD TEMAN, TIDAK PERNAH BERJAUHAN DARI KELUARGA SEMASA SESI PERSEKOLAHAN. BILA TEMAN DAPAT BERITA INI, MAMA TEMAN SUDAH RISAU TENTANG DIRI TEMAN. ADA SATU MASA MAMA TEMAN DISERANG PENYAKIT DARAH TINGGI YANG SANGAT TINGGI OLEH SEBAB TERLAMPAU RISAUKAN TEMAN. BIASALAKAN ANAK BUNGSU KATAKAN. BILA TEMAN TAHU KEADAAN MAMA TEMAN INI, TERUS CALL DAN MENENANGKAN DIRI DIA YANG TEMAN SIHAT SERTA SERONOK BERSAMA RAKAN-RAKAN BARU TEMAN DI SINI.

JADI DARIPADA ITU HARGAILAH MAMA KITA SEADANYA. SELAGI KITA MASIH DI BERI PELUANG UNTUK MENATAP WAJAHNYA. JANGAN SESEKALI KITA PERNAH MENYAKIT HATINYA. WALAUBAGAIMANAPUN KITA SEMUA HANYA MANUSIA BIASA TIDAK DAPAT LARI DARI MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA MAMA DAN PAPA KITA. POHONLAH MAAF KEPADA MEREKA. BERDOALAH SELALU AGAR TUHAN MEMBAHAGIAKAN BAKI KEHIDUPAN MEREKA DIDUNIA SERTA KEBAHAGIAN DI AKHIRAT KELAK. JANGAN KITA SESEKALI MELUPAKAN SEGALA PENGORBANAN MEREKA SEMASA MEREKA MEMBESARKAN KITA. BILA KITA SENANG JANGAN KITA LUPAKAN TERUS MEREKA. BILA KITA SUDAH BEKERJA, SAAT INILAH KITA PERLU BALAS SEMULA SEGALA KEPRITAN MEREKA. JANGAN TERLALU CEPAT KITA MAHU MENBINA HIDUP SENDIRI DENGAN PASANGAN KITA SEBELUM MEREKA DAPAT APA YANG MEREKA BERIKAN KEPADA KITA SEKIAN LAMA. BERBAKTILAH KEPADA MAMA DAN PAPA TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERBAKTI KEPADA KELUARGA SENDIRI.... RENUNG-RENUNGKANLAH DIMANA KITA..

Monday, September 27, 2010

KELEBIHAN BULAN SYAWAL

HARI INI MERUPAKAN HARI YANG KE-19 KITA DI BULAN SYAWAL. MASIH BELUM TERLEWAT JIKA KITA MENGERJAKAN IBADAT PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN INI. MARILAH KITA BERABIS UNTUK MENGHABISKANNYA. MASIH ADA 10 HARI LAGI KITA DI BULAN SYAWAL INI. MULAKAN PECUTAN UNTUK MENGHABISKAN BAKI PUASA 6 KITA. TEMAN PUN MASIH BELUM SEMPURNAKANNYA. JOM KITA HABISKANNYA. SESUNGGUHNYA PUASA SUNAT 6 HARI HANYALAH SUNAT SEMATA-MATA. TETAPI SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG ATAU UMATNYA YANG MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK DIWAJIBKAN KEATASNYA. MARILAH KITA SAMA-SAMA KITA MENCARI KEREDHAAN-NYA DENGAN MEMBANYAKKAN AMALAN-AMALAN SUNAT.

ANTARA KELEBIHAN BULAN SYAWAL INI IALAH,
"Antara fadilat sembahyang tengah malam pada malam Hari Raya Aidil Fitri ialah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga."

DALAM SITUASI YANG LAIN RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG DIRIWAYATKAN OLEH ATTHARANI YANG MAKSUDNYA, "Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)."

MARI KITA TEROKAI APAKAH KELEBIHAN BERPUSA 6 HARI DI BULAN SYAWAL INI

HARI PERTAMA:
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.

HARI KEDUA:
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s.
-keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.

HARI KETIGA
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s.
-sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.

HARI KEEMPAT
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.

HARI KELIMA
-mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s.
-menyamai berpuasa sepanjang tahun

HARI KEENAM
-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w.
-jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

ANTARA KELEBIHAN LAIN SYAWAL

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

MARILAH KITA MENGERJAKAN SERTA BERLUMBA UNTUK MENDAPATKAN MANFAAT DARI MENJALANKAN IBADAH SUNAT INI DI BULAN SYAWAL YANG PENUH DENGAN RAHMAT DARI-NYA. IKHLASKAN DIRI UNTUK MENUNAIKANNYA, JANGAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANGGA-BANGGAKAN DIRI DENGAN SAHABAT-SAHABAT KITA YANG LAIN.. BIARLAH KITA LEWATKAN PERLAKSANAANNYA TETAPI LAHIR DENGAN PERASAAN IKHLAS DARI HATI KITA. DENGAN INI TEMAN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP YANG TELAH LAKUKAN SAMADA DALAM SEDAR MAHUPUN TIDAK..

Thursday, August 19, 2010

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH

ASSALAMUALAIKUM....

SEPERTI YANG KITA TAHU DI BULAN RAMADHAN BANYAK KELEBIHANNYA. ANTARANYA SOLAT SUNAT TARAWIH YANG MANA TIDAK BOLEH DITUNAIKAN DI BULAN-BULAN YANG LAIN. TIDAK SEPERTI SOLAT SUNAT HAJAT, TAHAJUD, WITIR SERTA SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LAIN BOLEH DILAKUKAN PADA BILA-BILA MASA MENGIKUT KESESUAIANNYA.

INI MENUNJUKKAN KEPADA KITA BAHAWA BULAN RAMADHAN SUNGGUH BERBEZA SEKALI DENGAN BULAN-BULAN YANG LAINNYA KERANA DI DALAMNYA ADANYA SOLAT SUNAT TARAWIH. ANTARA KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH MENGIKUT MALAM-MALAMNYA ADALAH:

FASA 1 RAMADHAN
MALAM KE-1
Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya

MALAM KE-2
Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin

MALAM KE-3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

MALAM KE-4
Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

MALAM KE-5
Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin

MALAM KE-6
Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya

MALAM KE-7
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman

MALAM KE-8
Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

MALAM KE-9
Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

MALAM KE-10
Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

FASA 2 BULAN RAMADHAN
MALAM KE-11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa

MALAM KE-12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama

MALAM KE-13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

MALAM KE-14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

MALAM KE-15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

MALAM KE-16
Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga

MALAM KE-17
Di beri pahala seperti pahala para Nabi

MALAM KE-18
Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

MALAM KE-19
Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

MALAM KE-20
Di beri pahala para syuhada dan salihen

FASA TERAKHIR RAMADHAN
MALAM KE-21
Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

MALAM KE-22
Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan

MALAM KE-23
Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga

MALAM KE-24
Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

MALAM KE-25
Di hapuskan dari seksaan kubur.

MALAM KE-26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun

MALAM KE-27
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

MALAM KE-28
Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga

MALAM KE-29
Diberi pahala seribu haji yang mabrur

MALAM KE-30
Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Wednesday, August 18, 2010

LAGI GANJARAN D BULAN RAMADHAN

1) PINTU SYURGA DIBUKA, DITUTUP PINTU NERAKA
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga & ditutup semua pintu neraka & diikat semua syaitan" HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM....

2) DIAMPUNI SEGALA DOSA-DOSANYA YANG LALU
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu" HADITH RIWAYAT AN-NASAI'E...

3) PAHALA BERLIPAT GANDA
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. ALLAH berfirman:'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.'" HADITH RIWAYAT MUSLIM....

4) DIJAUHI DARI API NERAKA
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)" HADITH RIWATYAT AL-BUKHARI...

5) PERISAI DARI SIKSAAN
"Puasa itu perisai yang dipergunakanseorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka" HADITH RIWAYAT IMAM AHMAD...

6) BEROLEH DUA KEGEMBIRAAN
"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM...

7) DOA SANGAT MUSTAJAB
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa seorang hamba yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI, AHMAD & TIRMIDZI...

8) MASUK DALAM SYURGA
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya.." HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI..

JADI SAHABAT-SAHABIAH SEKALIAN MARI KITA BERUSAHA MENGIKHLASKAN IBADAT KITA DI BULAN YANG PENUH GANJARAN KEPADA KITA INI. MARI KITA CUBA MERUBAH DIRI KITA SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERMULA DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI.....

Tuesday, August 17, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Sunday, April 18, 2010

Manusia hari ini suka bersangka-sangka. Ada sangkaan baik...Adasangkaan buruk. Orang beribadah disangka riak Orangyang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk. Orangyang pakai baju buruk disangka zuhud(hina) Orang makan banyak disangka pelahap Orang makan sikit disangka kedekut. Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek. Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka sombong. Orang menawan disangka pakai susuk Orang nampak ceria disangka membela. mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah. mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah. mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa. mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya. mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. “Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”Imam Al-Syahid Hassan

BEGITU CEPAT MASA BERLALU

SALAM SEJAHTERA....

SEDAR TAK SEDAR ESOK SUDAH BERMULA MINGGU PEPERIKSAAN. RASA MACAM SEMALAM BARU BERMULA KULIAH. TAPI APA YANG BOLEH TMAN CAKAPKAN DI SINI, MASA TIDAK AKAN MENUNGGU KITA. SEPATUTNYA KITALAH YANG MENGERJA MASA ITU.. ORANG YANG CEMERLANG ADALAH ORANG YANG BERJAYA MENGATUR MASA MEREKA. DI MANA KITA? TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA JANGAN TANYA AIMAN PULA.

DI KESEMPATAN INI TMAN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNTUK SEMUA WARGA UMSKAL. JAWAB BAIK-BAIK. SEBELUM PERGI BERPERANG, SIAPKANLAH SENJATA SECUKUPNYA. AGAR TIDAK KITA KALAH DI TENGAH-TENGAH PEPERANGAN NANTI....

APAPUN JANGAN KITA LUPA KEPADA PENCIPTA KITA. BUAT APAPUN IBADAT KITA JANGAN ABAIKAN. TERIMA KASIH.. SALAM PEPERIKSAAN.. DAN TIDAK LAMA LAGI BALIK KAMPUNG SUDAH...

Tuesday, March 2, 2010

SALAM PANAS DI UMSKAL


DI UMSKAL PADA HARI INI MENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI, APABILA HAMPIR KESEMUA PELAJAR BERKUMPUL SAMBIL MENGHANTAR MEMORENDUM KEPADA PIHAK PENTADBIRAN BERKENAAN ISU AIR YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MENENATKAN DI UMSKAL INI SENDIRI...

APA YANG TMAN BLH CKP PADA HARI INI, SEMUA PELAJAR TLH MENUNJUKKAN MEREKA MEMPUNYAI SEMANGAT JATI DIRI YANG TINGGI. TMAN BERKATA DEMIKIAN KERANA, BUKAN HARI INI SHJ YANG MENAMPAKKAN KETIDAKPUASAN MEREKA MENGENAI ISU AIR INI. PADA JAM 2030 MLM SEMALAM, TELAHPUN BERLAKUNYA PERTEMUAN ANTARA MAHASISWA/WI ITU SENDIRI DGN WAKIL HEP & JABATAN BEKALAN AIR LABUAN (JBA). DARIPADA PENJELASAN TERSEBUT, TERPAMPANG JELAS KELEMAHAN PIHAK BERKUASA SENDIRI BG MENYELESAIKAN MASALAH INI DI BUMI LABUAN ITU SENDIRI.

PADA HARI INI PULA, NAIB CANSELOR UMS TELAH TURUN BG MEMBINCANGKAN HAL YG BEGITU HANGAT INI. TETAPI PARA PELAJAR TIDAK DAPAT BERDEPAN SENDIRI DGN BELIAU. KENAPA INI BERLAKU? ANDA FIKIRKANLAH SENDIRI. DALAM PERHIMPUNAN TADI JUGA DI SAMBUT DGN POLIS, WAKIL MEDIA JUGA PARA PENSYARAH ITU SENDIRI. APA YANG KAMI HARAPKAN ISU AIR AKAN DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN DI BUMI KAL INI.

DALAM PERHIMPUNAN TADI JUGA TERDAPAT TIGA TUNTUTAN DARI MAHASISWA KEPADAPIHAK PENTADBIRAN. ANTARNYA, TUTUP UMSKAL SAMPAI ISU AIR DISELESAIKAN, BEKALAN AIR YG BERTERUSAN SERTA TAHAP KEBERSIHAN AIR ITU SENDIRI.

MARI KITA FIKIR SAMA-SAMA. DIMANA SLOGAN KITA "RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"? APAKAH MAHASISWA BUKAN RAKYAT? JIKA KITA TAHU, JIKA KAMPUS LAIN, MASALAH AIR BARU SAHAJA BERLAKU TIGA HARI, SUDAHPUN TINDAKAN TUTUP KAMPUS DI LAKUKAN. KENAPA TIDAK DI UMSKAL SENDIRI? SUDAH HAMPIR SETAHUN ISU AIR BERLARUTAN, KENAPA TIADA TINDAKAN YANG DIAMBIL? INI MENUNJUKKAN KEBAJIKAN MAHASISWA DIABAIKAN... KITA SEORANG MAHASISWA PANDAILAH MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA KENYATAAN TERSENDIRI.. TUNTUTLAH APA YANG ANDA FIKIR PENTING UBTUK ANDA... SALAM MUHIBBAH SERTA SALAM HANGAT DI HATI.....

Wednesday, February 3, 2010

KONGSI CITER MEH......



PERNAHKAH ANDA CUBA MENYELAMI HATI RAKAN ANDA? ADAKAH AMDA CUKUP FAHAM MEREKA? HENDAK RASANYA TMAN UNTUK BERKONGSI CERITA SIKIT DI SINI.. ITUPUN ADA YANG BERMINAT BACA TULISAN INI. TIDAK RUGI KALAU KITA MEMPUNYAI SIFAT MENGALAH. SEBALIKNYA KALAU KITA SENTIASA MAHUKAN KEMENANGAN SEMATA-MATA AKAN MENYABABKAN KITA DIPINGGIRKAN. TETAPI JANGAN TERLALU LEMBUT KELAK AKAN TERMAKAN DIRI. CUBALAH SELAMI RAKAN ANDA BAGAIMANA.

ADA SEORANG MAKHLUK TUHAN INI, SUKA SANGAT MAHU TAHU MASALAH ORANG TAPI MASALAH DIA DIBIARKAN MELERET. ADA LAGI SEORANG HAMBA ALLAH INI PULA MESEJ KEPADA TMAN YANG BERBUNYI "KEHIDUPAN INI SUSAH UNTUK KITA MENDUGA. KADANG KITA RASA DEKAT SANGAT DENGAN SESEORANG ITU, TETAPI SEBENARNYA JAUH. WALAUPUN TANGANNYA DAPAT KITA GENGGAM ATAU CAPAI, BELUM TENTU HATINYA DAPAT KITA SELAMI. MUNGKIN KEKADANG KITA DAPAT TENGOK DIA KETAWA, TETAPI ADAKAH KITA DAPAT MENGETAHUI APA DISEBALIK SENYUMAN SERTA GELAK KETAWANYA.. BILA TENGOK DIA MENANGIS KITA RASA KEHADIRAN KITA DAPAT MENENANGKAN SERTA MEMUJUKNYA. WALHAL KEHADIRAN KITA TIDAK DIHARAPKAN LANGSUNG SERTA TIDAK DISENANGI. RENCAH KEHIDUPAN DUNIA, KITA TIDAK DAPAT MERASAKAN SIAPA KAWAN SIAPA LAWAN. SEHINGGALAH DI SUATU MASA KITA JATUH ATAU KESUSAHAN, ADAKAH TANGAN TERSEBUT MENGHULURKAN BANTUANNYA ATAU MEMBIARKAN KITA BERSENDIRIAN SERTA DITINGGALKAN". (ADANYA PENAMBAHAN SENDIRI DARI TMAN). JADI DIMANA KITA SEKARANG? HANYA KITALAH YANG YANG BOLEH MELETAKAN KITA DI LEVEL MANA. INGAT ORANG TAK AKAN MULAKAN DAHULU SEBELUM KITA MULAKAN. MAKA, JADILAH RAKAN SERTA SAHABAT DISAAT RAKAN SAHABAT ANDA SUKA ATAUPUN DUKA.. JADIKAN SEORANG RAKAN YANG BAIK SERTA SETIA HINGGA SEPANJANG HIDUPMU. JANGAN JADI MACAM GAMBAR YANG TERTERA DIATAS. MEREKA TIDAK ANTARA SATU SAMA LAIN....

Sunday, January 31, 2010

SALAM KESYUKURAN

TANGGAL 28/JANUARI/2009 LALU SEGALA PERTANYAAN YANG BERMAIN DI MINDA WARGA UMSKAL TELAH PUN TERJAWAB DENGAN SIAPA YANG BAKAL MENERAJUI PUNCAK KEPIMPINAN MPP DI SINI. PERTEMPURAN ANTARA EMPAT PENJURU INI, HANYALAH MEMERLUKAN DUA PERAIH TERTINGGI UNTUK MENAIKI TAHTA TERTINGGI PELAJAR DI UMSKAL INI. CALON-CALON TERSEBUT HERRYANTO, NADEL, BERNARD SERTA SEORANG SRIKANDI KEDAH NURUL AIDA. YANG AKHIRNYA DIMENANGI OELH AIDA DAN HERRY. TAHNIAH........

KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR DENGAN APA YANG TELAH DITETAPKANNYA. DI UMSKAL TAHUN INI, PARTI PRO-M MENANG BESAR. DENGAN KEDUA-DUA KERUSI UMUM DIMENANGI OLEH CALON MEREKA. MALAH DARIPADA ENAM ORANG MPP YANG TELAH TERPILIH EMPAT DARIPADANYA ADALAH CALON PRO-M.

DIKSEMPATAN INI TMAN MERAKAMKAN SETINGGI PEHARGAAN TAHNIAH KEPADA CALON-CALON YANG TELAH BERJAYA. YANG KURANG BERNASIB BAIK JANGAN MUDAH PATAH SEMANGAT. MEMANG ADAT PERTARUNGAN ADA MENANG ADA YANG KALAH. MEMANG BERBALOILAH ATAS SEGALA USAHA SERTA PENGORBANAN MEREKA SEMUA SEJAK LAMA DAHULU.

KALAU DI PRU, KITA AKAN MENDENGAR PEMIMPIN YANG MENANG AKAN BERBIICARA "TERIMA KASIH ATAS MANDAT DAN KEPERCAYA PENDUDUK KEPADA KAMI UNTUK MEMIMPIN NEGARA INI". DENGAN INI JUGA KITA DAPAT MEMANIPULASIKAN DALAM PRK INI JUGA KEPADA CALON-CALON YANG MENANG 'WARGA UMSKAL TELAH MEMBERI MANDAT SERTA KEPERCAYAAN KEPADA MEREKA UNTUK MEPERJUANGKAN HAK MEREKA SEBAGAI MAHASISWA'.

KEPDA YANG MENANG JANGANLAH TERUS HANYUT DALAM KEMENANGAN ANDA. SEGERALAH SERTA JALANKANLAH LEWAJIBAN ANDA SEMUA. JANGAN JADIKAN ANDA SEBAGAI BAHAN KUTUKAN. GOOD LUCK FOREVER...

INILAH PEMENAG CALON UMUM PRK DI UMSKAL INI. KENALILAH SERTA SELAMILAH MEREKA. SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH PILIHAN TERBAIK ANDA. BERILAH KERJASAMA KITA UNTUK MEMASTIKAN RANCANGAN MEREKA MEMPERTAHANKAN HAK-HAK MAHASISWA MENJADI REALITI.

Sunday, January 24, 2010

GELOMBANG PRK SUDAH BERMULA

ASSALAMUALAIKUM..........

SEKARNG DI UMSKAL HANGAT BERBICARA TENTANG PLIHANRAYA KAMPUS (PRK). CUMA PILIHANRAYA KALI INI SUDAH KEHILANGAT KEHANGATANNYA. MANA TIDAKNYA MAJORITI KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN MENANG TANPA BERTANDING. INI MENAMPAKKAN, SEMUA PELAJAR LEBIH MEMILIH UNTUK FOKUS KEPADA PELAJARAN ATAUPUN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA YANG LEBIH BERPENGALAMAN. HANYA SETIAP INDIVIDU ITU SENDIRI YANG BOLEH MERUNGKAI SENDIRI PERSOALAN INI.

SEPERTI YANG KITA TAHU, APABILA MENCEBURKAN DALAM KANCAH MAJLIS PERWKILAN PELAJAR INI(MPP) BANYAK BENDA TERPAKSA KORBANKAN. TIDAK KIRALAH MASA, PELAJARAN MAHUPUN KOMITMEN. TETAPI KALAU SUDAH MENEMPATKAN DIRI DALAM KELOMPOK INI, TERPAKSALAH KITA HARUNGI JUA.

KITA SEMUA DIBERI HAK UNTUK MEMILIH CALON KITA SENDIRI. JANGAN BIARKAN DIRI KITA MENGUNDI DALAM KEADAAN TERPAKSA. PILIHLAH CALON TERBAIK ANDA. PRK TIDAK JAUH BEZA PUN DENGAN PRU. ITU PENDAPAT TMAN. LAIN ORANG LAIN PENDAPATNYA. ADAKAH ANDA TAHU APA ITU ASPIRASI DAN APA ITU PRO-M?






VS




BAGI TMAN PRO-M ATAU ASPIRASI SAMA SAHAJA PUN. CUMA CARA MEREKA BERKERJA ITU SENDIRI. KEDUA-DUANYA ADA PRO SERTA KONTRANYA. TEPUK DADA TANYALAH IMAN ANDA SENDIRI. DENGAR KATA ASPIRASI TIDAK TEGAS DALAM MENJALANKAN TUGASNYA. HANYA IKUT TELUNJUK HEP. PRO-M MEMPERJUANGKAN HAK MAHASISWA DENGAN SUARA LANTANG MEREKA. TETAPI ANDA SEMUA YANG AKAN MENJAWAB SENDIRI. KALAU ASPIRASI, APAKAH HAK MAHASISWA AKAN DIABAIKAN? KALAU PRO-M, APAKAH KEBAJIKAN MAHASISWA ITU SENDIRI TERJAMIN? KALAU TIDAK ASPIRASI, APAKAH SEMUA SUARA MAHASISWA AKAN DIDENGAR? SERTA KALAU BUKAN PRO-M, APAKAH MAHASISWA DALAM KEGELAPAN YANG NYATA? BUKA FIKIRAN ANDA SENDIRI. TNYA LA IMAN ANDA....... HANYA ANDA YANG BAKAL MENJAWAB SEMUANYA............